Anda Hanya Perlukan 4 Produk Penjagaan Kulit Ini Untuk Cegah Penuaan Dan Nampak Muda

Jadikan ia sebagai rutin!

Anda mungkin baru perasan tentang beberapa kedutan di sekitar mulut anda atau beberapa garis halus di bawah mata anda.

Ia adalah tanda pertama penuaan.

Image via ndtvimg.com

Walaupun penuaan adalah satu proses yang tidak dapat kita elakkan, dan kita semua pasti akan melalui fasa tersebut dalam hidup kita. Namun kita masih boleh mencuba untuk memperlambatkannya sedikit dengan melakukan pelan penjagaan kulit yang bersesuaian.

Ini 4 produk penjagaan yang perlu anda guna dan jadikan rutin setiap hari:

1. Pencuci muka

Image via reviews.com

Ini adalah asas untuk rejim penjagaan kulit anda. Pilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Elakkan yang terlalu kuat pada kulit. Pencuci perlu berkesan tetapi masih lembut pada kulit.

Basuhlah muka anda tidak lebih daripada dua kali sehari. Pembersihan yang kerap hanya akaa menyebabkan kulit muka anda bertambah kering dan menyebabkan kedutan akan jelas kelihatan.

2. Retinol

Image via wordpress.com

Ia adalah antara bahan hebat untuk melawan penuaan. Retinol datang dalam dua bentuk: produk dengan jumlah retinol yang minimum yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor dan satu lagi yang perlu mendapat preskripsi doktor, mengandungi tretinoin, adapalene, tazarotene.

Retinol merangsang kulit anda untuk menghasilkan lebih banyak kolegen, sekali gus meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan.

3. Pelembap

Image via wordpress.com

Jangan lupa untuk mengaplikasikan pelembap setiap hari, bergantung kepada jumlah yang anda perlukan, untuk mengunci air di dalam kulit anda. Kulit yang lembap akan kelihatan lembut, licin dan menjadikan kedutan kurang kelihatan.

4. Pelindung matahari

Image via speedyrails.net

Radikal UV adalah musuh utama kulit. Ia akan menyebabkan kulit menjadi lebih cepat tua dari yang sepatutnya. Rutin anti-penuaan tidak akan lengkap tanpa perlindungan matahari. Adalah dinasihatkan untuk memakai pelindung matahari setiap hari, walaupun pada hari hujan lebat.

Selain penjagaan kulit, gaya hidup anda juga mempengaruhi faktor penuaan

Untuk membantu menjayakan rutin penjagaan kulit anti-penuaan anda, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat. Buat pilihan yang bijak dalam soal pemakanan, bersenam secara teratur dan berhenti merokok. Pastinya kulit anda akan berterima kasih.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment