Sabah Tawar 10 Lokasi 'Hidden Gems' Untuk Diterokai Bersama - "Feel Sabah, North Borneo"
Tunggu apa lagi, jom rancang percutian anda dan terokai Sabah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan gabungan keindahan alam, budaya yang menawan dan biodiversiti yang menakjubkan, Sabah menjadi antara salah satu lokasi tarikan utama pelancongan untuk diteroka pada 2025
Sabah dikenali sebagai tanah yang kaya dengan budaya, alam semula jadi dan pengalaman pengembaraan dan menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin menerokai destinasi luar bandar.
Tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu, luaskan lagi pengembaraan dan jamu mata dengan pemandangan yang luar biasa di 10 lokasi ‘hidden gems’ di Sabah.1. Maliau Basin – The Lost World Of Sabah!
Dikatakan sebagai 'The Lost World of Sabah', Lembangan Maliau atau dikenali Maliau Basin ialah hutan hujan yang luas, terpencil dan dipenuhi panorama menghijau yang terletak di Tawau.
Terletak di tengah-tengah Sabah, Lembangan Maliau terkenal dengan Air Terjun Maliau – 7 tingkat berwarna tannin, dan Tasik Linumunsut iaitu tasik kawah yang indah tersembunyi di dalam lembangan.
Lekukan unik berbentuk piring, dikelilingi oleh tebing, mewujudkan ekosistem serba lengkap dengan biodiversiti yang luar biasa. Disebabkan lokasinya yang terpencil, Lembangan Maliau juga merupakan syurga hidupan liar.
Hutan hujannya yang tebal adalah rumah kepada pelbagai spesies termasuk 300 spesies hidupan burung, primat mamalia, reptilia dan amfibia, serta keajaiban botani seperti pokok Agathis yang tinggi dan kepelbagaian orkid.
2. UTAN Rainforest Lodge
Sebuah kawasan mesra alam yang baharu di Sabah, UTAN Rainforest Lodge ialah sebuah penginapan eko yang luar biasa dan terletak di tengah-tengah Rizab Rimba Dara Sungai Kapur, berhampiran Rizab Hidupan Liar Tabin yang terkenal di Lahad Datu.
Dibuka pada tahun 2023, UTAN Rainforest Lodge pengalaman menyaksikan hidupan liar liar seperti orangutan Borneo, gajah pygmy Borneo, monyet proboscis, burung hornbill.
Pengunjung juga boleh menjelajah hutan hujan tropika melalui laluan trekking, melayari Sungai Kinabatangan, penginapan yang harmoni dengan persekitaran hutan serta menyertai safari malam untuk melihat hidupan liar yang aktif pada waktu malam.
3. Gunung Trusmadi
Tidak seperti Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi menawarkan pendakian yang lebih curam dan berbatu dan merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah dan Malaysia dengan ketinggian 2,642 meter dari paras laut.
Cabarannya terletak pada lereng yang curam dan rupa bumi yang sering berlumpur, menguji ketahanan fizikal dan ketabahan mental.
Denai Gunung Trusmadi meredah hutan hujan yang subur, menawarkan gambaran kepelbagaian flora dan fauna.
Lerengnya adalah habitat kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan, termasuk tumbuhan periuk kera yang unik, burung berwarna-warni dan pelbagai mamalia.
Gunung Trusmadi merupakan lokasi yang pernah popular sebagai tempat memburu oleh penduduk tempatan.
4. Pulau Sipadan
Pulau Sipadan, terkenal sebagai salah satu destinasi menyelam utama dunia dan menerima pujian oleh ahli oseanografi lagenda, Jacques Cousteau.
Pulau lautan ini merupakan syurga bagi kepelbagaian biologi marin, menarik minat penyelam dan peminat snorkelling dari seluruh dunia.
Seperti kebanyakan destinasi di Sabah, pembentukan geologi unik di pulau Sipadan menyumbang kepada dunia marin yang luar biasa.
Terumbu karang dipenuhi dengan kehidupan seterusnya menjadikan ia lokasi dan habitat kepada pelbagai spesies ikan, termasuk barakuda, ikan kakap dan jerung karang.
Penyelam mungkin menemui penyu, pari manta dan juga jerung kepala tukul dan menjadikan setiap penyelaman satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Untuk memastikan kemampanan persekitaran bawah air Sipadan, penyelam dinasihatkan untuk memiliki lesen selam Advanced Open Water sebelum memohon permit untuk melakukan aktiviti ini.
5. Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan merupakan sungai terpanjang di Sabah, Malaysia, mengalir melalui dataran banjir yang luas, mewujudkan ekosistem yang unik dan penting.
Dataran banjir ini, yang dahulunya merupakan kawasan hutan hujan asli yang luas, kini menjadi mozek hutan, paya, dan tanah pertanian.
Kinabatangan adalah syurga bagi biodiversiti, menyokong kehidupan pelbagai flora dan fauna yang luar biasa.
Pelayaran di sepanjang sungai selalunya memberi anda peluang untuk melihat hidupan liar Borneo Big 5 antaranya gajah Borneo, orang utan, monyet proboscis, burung kenyalang dan buaya tembaga.
6. Kampung Budaya Borneo
Perkampungan Budaya Borneo adalah perkampungan budaya terbesar di Sabah yang menawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan dalam pelbagai budaya orang asli Borneo dengan lebih 35 kumpulan etnik dan kira-kira 200 kumpulan sub-etnik di Sabah.
Muzium hidup ini mempamerkan rumah tradisional, adat resam dan gaya hidup enam kumpulan etnik yang berbeza di Sabah antaranya Murut, Lundayeh, Rungus, Kadazan Penampang, Bajau dan Dusun Papar.
Kampung budaya ini direka dengan teliti sama seperti persekitaran hidup asli setiap kumpulan etnik, lengkap dengan rumah panjang tradisional, peralatan buatan tangan dan hiasan yang cukup kreatif.
Selain lawatan berpandu, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang menakjubkan dan berpeluang merasai makanan eksotik.
7. Mount Kinabalu International Climbathon
Acara wajib bagi peminat aktiviti lasak. Mount Kinabalu International Climbathon ialah pertandingan pendakian tahunan yang merupakan acara utama dalam kalendar acara Sabah.
Climbathon ini terkenal dengan laluan yang mencabar dan pemandangan yang menakjubkan di Gunung Kinabalu iaitu puncak tertinggi di Malaysia.
Dijadualkan pada Oktober 2025, perlumbaan Climbathon ini meliputi jarak sejauh 26 kilometer dengan sebahagian besar melibatkan pendakian dan penurunan curam di kawasan sukar.
8. Tanjung Simpang Mengayau – Tip Of Borneo
Lokasi paling sempurna untuk menikmati suasana matahari terbenam yang mewarnai langit dengan cahaya indah!
Terletak di bahagian paling utara Sabah dan terkenal dengan pantai berpasir putih yang menakjubkan.
Lokasi ini terletak berhampiran dengan pantai Kalampunian dan Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai ‘Tip of Borneo’.
Ciri yang paling menarik di Tanjung Simpang Mengayau adalah lokasinya yang dramatik, dimana Laut Celebes dan Laut Sulu bertemu. Ini mencipta landskap yang unik dengan tebing berbatu, pantai yang bersih dan air yang jernih.
9. Tamu Besar Kota Belud
Tamu Besar Kota Belud adalah acara yang berlangsung secara tahunan pada bulan Oktober. Ia merupakan acara yang meriah dengan persembahan kebudayaan, sukan tradisional dan pasar yang pelbagai.
Ia adalah masa dimana masyarakat Bajau tempatan berkumpul untuk mempamerkan kekayaan warisan mereka, daripada tarian tradisional dan muzik kepada kraftangan yang kreatif dan masakan yang lazat.
Regatta Lepa, Semporna – Tradisi Sea Gypsies
Regatta Lepa ialah pesta air bagi meraikan tradisi budaya etnik Bajau Laut, juga dikenali sebagai Sea Gypsies yang diadakan setiap tahun di pantai timur Semporna, Sabah.
Suku nomad yang unik ini mempunyai hubungan istimewa dengan laut, menjadi tukang bot dan nelayan yang sangat baik dan tinggal di atas air.
Kemuncak Regatta Lepa yang paling menakjubkan ialah perarakan perahu ‘lepa’ yang direka dengan indah dan berwarna-warni.
Kapal layar tradisional ini, sering dihiasi dengan ukiran unik dan berwarna terang, meluncur dengan gah di perairan, diiringi dengan tarian tradisional Bajau yang berirama dan mempesonakan yang dikenali sebagai Igal-Igal.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Sabah dan ingin mendapatkan idea tentang perkara yang boleh anda lakukan sepanjang 2025, ikuti saluran media sosial STB atau layari www.sabahtourism.com!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!