Ekonomi Malaysia 101: Penjelasan Si Jahil Ekonomi Dalam Cara Paling Senang Nak Faham
Budak-budak pun boleh faham.
Jurufoto profesional, Saiful Nang berkongsi melalui Facebook mengenai ramalan ekonomi Malaysia untuk 5 tahun akan datang. Post ini dimuat naik pada 27 September 2013, tetapi kembali trending gara-gara kejatuhan negara Greece.
Saiful Nang yang tidak pernah belajar ekonomi di mana-mana universiti cuba menerangkan tentang ekonomi Malaysia dalam cara yang paling mudah untuk difahami.
Kenapa?
Beliau berkata selalunya bidang ini hanya pakar yang layak memberi komen dan hujah. Walau bagaimanapun, terms yang digunakan para pakar selalunya sukar difahami oleh orang yang tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang ekonomi.
Jadi, beliau menjelaskannya dengan cara yang warga marhaen seperti kita semua senang nak faham, malah budak-budak juga mungkin akan lebih tertarik untuk mendalami ilmu ekonomi selepas membaca status beliau.
Pada mulanya, Saiful Nang meramal Malaysia mungkin akan mengalami stroke economy dalam masa terdekat. Beberapa situasi yang amat membimbangkan juga mungkin terjadi.
Macam mana ekonomi negara berfungsi? Pertama sekali, orang ramai perlu tahu dari mana negara mendapatkan sumber pendapatan. Ada dua bahagian iaitu sumber dari kerajaan dan sumber dari rakyat.
Kemudian, penerangan beliau menjadi lebih menarik dengan mengaitkan ekonomi dengan air dan baldi, duit gaji bapa, tabung anak, dan lain-lain
Apa pula terjadi bila si bapa tak mampu bayar hutang si anak? Di sinlah berlakunya bankrap.
Apa-apa pun, jika hutang hanya melibatkan ahli keluarga, tiada apa yang mereka perlu panik. Tetapi, jika ia melibatkan orang lain seperti jiran, kawan-kawan, atau orang lain, masalah lebih besar akan timbul.
Apabila keadaan dah tidak terkawal dan menjadi huru-hara, siapakah yang akan jadi penyelamat? Apa pula tindakan pemimpin pada ketika itu?
Individu yang paling penting dalam hal ini tentulah si bapa. Dialah yang menentukan hala tuju sebuah keluarga, dialah yang perlu merancang kewangan, dialah yang perlu bijak mengawal risiko, dialah penentu segalanya.