22,000 Saman DBKL Dibayar Kerana Diskaun. Kalau Tak Ada Diskaun?
Memang betul. Dah dapat diskaun baru nak bayar. Saman tahun 2007 pun baru nak bayar sekarang.
Sepanjang Bulan Februari, DBKL Hanya Mengecaj Saman Sebanyak RM30 Kepada Warga Kuala Lumpur Bagi Semua Jenis Kesalahan Trafik
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian diskaun pada kadar rata itu dilakukan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari.
kosmo.com.mySepatutnya, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.
kosmo.com.mySelain Itu, DBKL Turut Menawarkan Insentif Dan Tawaran Istimewa Lain
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tawaran istimewa itu membabitkan diskaun saman trafik, kompaun letak kereta dan penggunaan percuma kemudahan sukan.
bharian.com.myTerbukti Berkesan! Sebanyak Hampir 23,000 Saman Tertunggak Berjaya Dilangsaikan Warga Kota
Tawaran diskaun kesalahan trafik yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai 1 Februari lalu dimanfaatkan orang ramai hingga membawa kepada penyelesaian lebih 22,000 notis tertunggak dikeluarkan sejak tahun 2007.
hmetro.com.mySepanjang bulan lalu, 22,866 notis kompaun trafik dijelaskan pengguna di kaunter bayaran DBKL membabitkan kutipan keseluruhan RM685,980.
hmetro.com.myTawaran Masih Dibuka! Penduduk Kuala Lumpur Boleh Mendapat Diskaun Saman Sehingga 8 Mac Ini
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Dr Ismail Stapa berkata, diskaun sempena Hari Wilayah Persekutuan 2014 itu dijangka terus dimanfaatkan warga kota hingga tarikh akhir promosi, Sabtu ini (8 Mac).
hmetro.com.my“Dalam tempoh berbaki beberapa hari saja lagi, kami minta orang ramai rebut peluang dan tidak melakukan pembayaran pada saat akhir kerana jika berlaku sebarang kesulitan seperti masalah sistem pada hari terakhir itu, mereka tidak dapat menikmati diskaun berkenaan walaupun pada hari berikutnya,” katanya.
hmetro.com.my