seismik

Sambung Solat Maghrib Selepas Kelar Leher Rakan Sehingga Mati

Apa nak jadi. Seorang lelaki sempat membunuh rakan sendiri ketika sedang menunaikan solat berjemaah.

Cover image via imgur.com

Seorang Lelaki Mengelar Leher Rakannya Sehingga Mati Ketika Sedang Solat Berjemaah Di Tampoi, Johor Bahru Pada 31 Mac 2014

Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, Johor Bahru sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.

hmetro.com.my

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki mengelar leher rakannya ketika solat jemaah sedang berlangsung.

Image via mymediahubonline.blogspot.com

Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.

hmetro.com.my

Kedua-Dua Lelaki Terbabit Dikatakan Bekas Pesakit Mental Di Hospital Permai Johor Bahru

Hospital Permai Johor Bahru

Image via www.malaysiacentral.com

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

blogspot.com

Isteri mangsa mengiringi jenazah suaminya ketika dibawa ke Kuantan, Pahang untuk dikebumikan.

Image via hmetro.com.my

Menurut Laporan, Mereka Mula Bertengkar Dari Waktu Petang Ketika Menunaikan Solat Asar

MASJID tempat kejadian lelaki dibunuh ketika solat Maghrib berjemaah.

Image via hmetro.com.my

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.

blogspot.com

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.

hmetro.com.my

Baru-Baru Ini Juga, Pasangan Suami Isteri Bersama Anjing Dijumpai Mati Dikelar Di Leher

You may be interested in: