seismik

Sanggupkah Anda Bayar RM17,017 Untuk Makan Tengah Hari?

Cuba bayangkan hidangan makan tengah hari anda dicaj sehingga RM17,017. Apa anda rasa?

Cover image via blogspot.com

Sebuah Restoran Di Kampung Baru Mendapat Perhatian Hangat Apabila Didapati Mengecaj Harga Makan Tengah Hari Hingga Sehingga RM17,017 Melalui Penyebaran Gambar Resit

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

hmetro.com.my

Resit Itu Menunjukkan Sebanyak 10 Ikan Patin Buah Seberat 26 Kilogram Dicaj Dengan Harga RM6,877 Manakala 50 Udang Galah Seberat 39 Kilogram Dicaj RM10,140

Gambar resit restoran yang tersebar dan mendapat perhatian hangat dari orang ramai.

Image via blogspt.com

Walaupun Begitu, Pihak Restoran Itu Merasakan Harga Ribuan Ringgit Dicaj Bagi Ikan Patin Buah Dan Udang Galah Adalah Perkara Biasa

Ikan patin buah.

Image via blogspot.com

“Bil makan tengah hari RM17,017? Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di restoran ini."

kl-today.com

Udang galah.

Image via blogspot.com

"Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke restoran untuk pengesahan," kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

kartikel.com

Malah, Mereka Juga Tidak Mahu Mengulas Lanjut Mengenai Isu Ini

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

hmetro.com.my

Restoran Samudra Exotic River Fish.

Image via blogspot.com

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

hmetro.com.my

“Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan,” kata jurucakap itu lagi.

kl-today.com

Ini Bukanlah Kali Pertama Isu Berkaitan Harga Ribuan Ringgit Dicaj Kepada Pelanggan

You may be interested in: