seismik

Sarimah Ibrahim Dedah Hubungan Cinta Bersama Kerabat Negeri Sembilan

Sarimah Ibrahim dikatakan sedang bercinta dengan lelaki yang dikenali sebagai 'Jamie' yang juga merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.

Cover image via Instagram Sarimah Ibrahim

[TERKINI] Sarimah Dan Jamie Selamat Bertunang. Tapi Bila Mereka Akan Berkahwin?

Pasangan Jamie dan Sarimah.

Image via izyan.com

Kini rasmilah, Sarimah merupakan tunangan kepada cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar,42, yang lebih dikenali dengan gelaran Tunku Jamie.

myartis.my

Sarimah Ternyata Gembira Dan Bersyukur Kerana Majlis Berjalan Dengan Lancar. Pasangan Ini Bercadang Untuk Melangsungkan Pernikahan Pada 2 April 2015.

Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 2 April 2015.

Image via bharian.com.my

"Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah."

bharian.com.my

"Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti," ujar Sarimah.

bharian.com.my

12 September: Sarimah Dan Jamie Bakal Bertunang 27 September Ini

Sarimah dan Jamie bakal mengikat tali pertunangan pada 27 September 2014.

Image via Instagram Sarimah Ibrahim

Selebriti versatil, Sarimah Ibrahim, 36, bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, dalam majlis yang akan diadakan pada 27 September ini.

karangkraf.com

“Dia lain dari kawan-kawan yang saya pernah kenal sebelum ini. Dari segi budi bicara, cara, penampilan dan pemikirannya. Itu semua penting untuk saya. Cuma dia yang berani untuk bersama saya dan seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya,” ujar Sarimah.

karangkraf.com

Ini Merupakan Kali Pertama Sarimah Menjalin Hubungan Cinta Dengan Jejaka Melayu Dan Mengakui Tidak Pernah Tahu Langsung Yang Bakal Tunangnya Itu Berasal Dari Golongan Kerabat Diraja

Akui Sarimah, ini pertama kali dia menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Malah pada awal perkenalan mereka, dia tidak tahu yang kekasihnya itu berasal dari golongan kerabat Diraja. Jamie merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.

malaysiandigest.com

"Pertama kali seumur hidup saya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Saya juga tidak pernah tahu yang Jamie berasal dari golongan kerabat diraja. Malah ketika itu juga saya belum bersedia untuk bercinta. Walaupun menjalinkan hubungan dalam masa yang singkat, namun kami sudah boleh menerima sikap baik buruk satu sama lain," katanya lagi.

malaysiandigest.com

Sarimah Berharap Agar Hubungan Mereka Berdua Dapat Diteruskan Ke Gerbang Perkahwinan Serta Mampu Mengekalkannya Sehingga Ke Akhir Hayat

"Persiapan sudah banyak dibuat dan kami telah pun banyak buat perbincangan. Penting untuk kami untuk mengikut adat istiadat dan budaya dari kedua-dua belah keluarga agar majlis ini menjadi selesa."

beautifulnara.com

"Hanya doa yang diharapkan kepada para peminat agar segalanya berjalan lancar antara mereka berdua. Seperti sedia maklum, ini adalah perkahwinan kali kedua buat kami berdua. Jadi kami berharap perkahwinan ini adalah yang kali terakhir," jelasnya.

beautifulnara.com

19 Mac: Sarimah Ibrahim Akhirnya Mengaku Sedang Bercinta Dengan Seorang Jejaka Melayu Buat Kali Pertama

Inikah 'Jamie'?

Image via murai.com.my

Penyanyi Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu buat kali pertama.

mstar.com.my

Pengakuan itu dibuat sendiri penyampai radio MIX FM berkenaan ketika mengumumkan jejaka yang terpilih untuk menemaninya bagi acara makan malam sempena kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) yang diperkenalkan stesen radio Mix FM.

murai.com.my

Sebelum Ini, Radio MIX Fm Memperkenalkan Satu Kempen Berjudul 'Desperately Seeking Sarimah' Atau 'DSS' Bagi Membantu Sarimah Mencari Jodoh

The Mix Breakfast

Image via www.mix.fm

Sarimah yang juga merupakan penyampai radio Mix FM bersama gandingannya iaitu The Rod menganjurkan kempen mencari pasangan untuk Sarimah iaitu Desperately Seeking Sarimah menerusi stesen radio tersebut.

mstar.com.my

Pemenang akan berpeluang untuk menikmati makan malam penuh romantis bersamanya selepas kempen itu tamat.

murai.com.my

Pada 17 Mac Lalu, Pemenang Top 3 Bagi Kempen DSS Hadir Ke Sesi Makan Malam Bersama Sarimah

Sesi makan malam Sarimah bersama Top 3 kempen DSS

Image via facebook.com

Tweet Sarimah berkenaan lelaki misteri yang akan diperkenalkan selepas makan malam

Image via imgur.com

Pada 18 Mac, Sarimah Telah Membongkarkan Identiti Lelaki Misteri Tersebut Yang Hanya Dikenali Sebagai 'Jamie' Dalam Rancangan The Mix Breakfast

Status Sarimah di Facebook

Image via imgur.com

Walau Bagaimanapun, Pembantunya, The Rod Mencabar Sarimah Untuk Membawa 'Jamie' Masuk Ke Konti Keesokan Harinya...

Image via imgur.com

Dan Beliau Sahut Cabaran Tersebut

Image via imgur.com

Keesokan Harinya, Identiti 'Jamie' Dibongkarkan Apabila Dia Turut Hadir Ke Konti Bersama Sarimah

Image via imgur.com

Inilah Dia Jamie Atau Nama Sebenar Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar

Gambar yang telah dimuat naik Sarimah ke laman Twitter beliau

Image via twitter.com

Sarimah Memberitahu Mereka Berdua Telah Menjalinkan Hubungan Sejak Tiga Bulan Lalu

Penyanyi dan pengacara Sarimah Ibrahim mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, sejak tiga bulan lalu.

malaysiandigest.com

Jamie dan Sarimah

Image via gua.com.my

“Kami berkenalan sudah tiga bulan. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Saya ada berjumpa dengan keluarganya dan dia pun ada berjumpa dengan keluarga saya untuk kami mengenali hati budi masing-masing dengan lebih rapat,” kata wanita kacukan Melayu dan Irish ini.

gua.com.my

Ini Bermakna, 'Jamie' Bukanlah Salah Seorang Daripada Top 3 Daripada Kempen DSS Tersebut

Sarimah dan Jamie ketika sambutan harijadinya yang ke-36

Image via murai.com.my

"Kalau nak tahu, sebelum ini Rod dengan beraninya menganjurkan Desperately Seeking Sarimah, kononnya mahu tolong mencari pasangan untuk saya."

mstar.com.my

"Memandangkan dia tidak tahu yang saya sudahpun mempunyai kekasih, saya layankan sahaja. Tidak sangka pula Rod emngambil perkara itu begitu serius," kata Sarimah.

mstar.com.my

Difahamkan, Tunku Nadzimuddin Datang Daripada Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.

hmetro.com.my

Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman

Image via naningmelaka.blogspot.com

Jelas Sarimah Ibrahim, walaupun mempunyai latar belakang daripada golongan diRaja, namun katanya Tunku Nadzimuddin seorang jejaka yang sangat ringkas dan peramah.

murai.com.my

“Sememangnya saya agak gementar untuk memperkenalkan dia kepada pihak media. Yalah mengenangkan apa yang telah terjadi dengan perkahwinan saya sebelum ini. Tapi, saya harapkan semuanya akan baik-baik saja selepas ini," ujarnya lagi.

murai.com.my

Sarimah Dan Tunku Nadzimuddin Mengalami Nasib Yang Sama Apabila Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Sebelum Ini

Sarimah sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki berbangsa Australia, Amir Andrew Browning Abdullah namun bercerai pada akhir tahun 2008.

malaysiandigest.com

Perkahwinan Sarimah bersama Amir Andrew Abdullah berakhir pada Disember 2008

Image via mforum.cari.com.my

“Saya takut. Sebelum ini saya pernah berkahwin dan berpisah. Sama juga dengan Jamie. Saya pernah berdoa kepada Allah, untuk ditemukan dengan seseorang untuk membimbing dan menjaga saya. Akhirnya selepas lima tahun, saya terbuka hati untuk mengenali Jamie."

gua.com.my

"Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama," katanya.

malaysiandigest.com

"Sebenarnya Saya Memang Berasa Takut Apabila Mahu Bercerita Soal Kahwin Kerana Saya Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Dan Begitu Juga 'Jamie'"

Sarimah menjelaskan hubungannya dengan Jamie.

Image via @sarimahi/Twitter

“Saya juga sedar, sebelum ini saya sering menjalani hubungan dengan jejaka asing. Tapi itu bukanlah sesuatu yang saya mahu kerana semuanya telah ditentukan olehNya dan Alhamdulillah sekarang saya telah dipertemukan dengan Jamie yang mempunyai darah Melayu,” kata Sarimah Ibrahim.

murai.com.my

Cerita Berkaitan:

You may be interested in: