"Saya Tak Takut" - Remaja Ini Disoal Siasat Polis Tapi Kawan Yang Lain Pula Dah Lari Dulu
Bukan main berani kau dik.
Masalah ketiadaan lesen kenderaan bagi pengguna jalan raya di Malaysia semakin dibimbangkan
Pengguna jalan raya yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa mempunyai lesen yang sah dan patuh terhadap undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Peranan pihak kerajaan dalam membantu masyarakat bagi mengurangkan masalah lalu lintas mesti seiring dengan kefahaman rakyat supaya perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang remaja yang bertindak berani berhadapan dengan pegawai polis sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah 'cabut' meninggalkan tempat tersebut.
Berani sangat budak ini, confident betul cakap yang dia ada lesen dan roadtax
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafeeziqmal di TikToknya, remaja berkenaan bertindak berani dan tetap 'santai' duduk di atas motosikalnya apabila sebuah kenderaan peronda polis membuat rondaan di kawasan tersebut. Rakan-rakannya yang lain sudah melarikan diri kerana takut disoal siasat oleh pegawai polis tersebut.
Lebih menghiburkan, segala pertanyaan yang ditanya oleh anggota polis berkenaan dijawab dengan penuh keyakinan dan dia juga turut mengatakan bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana dia mempunyai lesen dan roadtax yang sah.
Di hujung rakaman video tersebut, segala keyakinan remaja tersebut berjaya 'dicalarkan' oleh pegawai polis tersebut kerana dia tidak memakai topi keledar. Akhirnya, dia juga turut sama mengikuti rakan-rakannya melarikan diri.
"Macamtu je kau kadamkan polis tu" - Netizen
Tinjaun di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan reaksi dan jawapan remaja tersebut selepas disoal siasat oleh pegawai polis berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.8M views, 273.4K likes dan 4099 comments.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet tentang gelagat remaja tersebut di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!