#SayaZahra - Segulung Ijazah Tidak Lagi Menjamin Masa Depan Yang Senang. Setuju?
"Belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya mengemis juga."
Video #SayaZahra yang memaparkan ucapan seorang gadis bernama Zahra menjadi titik perbualan hangat di kalangan pengguna laman sosial tempatan semalam
Video yang menunjukkan Zahra berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dan berdurasi selama 6 minit berjaya menarik minat ramai pengguna sosial media, terutama yang sebaya dengannya atau yang berada dalam situasi yang sama.
Zahra yang merupakan seorang graduan undang-undang meluahkan kepayahan sebagai orang muda yang baru mula bekerja
Dengan gaji yang tak seberapa, Zahra mendakwa setiap kali hujung bulan beliau 'pokai' sehingga memaksa beliau menaiki pengangkutan awam. Beliau juga turut memberitahu, keadaan di mana sepatutnya dia menanggung orang tuanya kini sudah terbalik. Dia pula yang ditanggung!
Zahra juga turut menyentuh kos untuk mendapatkan persijilan sebagai peguam bertauliah dengan mengikuti ujian khas juga adalah di luar kemampuannya
Yuran untuk menjadi seorang peguam bertauliah boleh mencecah RM15,000. Jika ujian ini tidak diambil, bagaimana Zahra hendak mempertingkatkan diri dan menaikkan taraf hidup? Bila agaknya boleh hidup senang dan menghembus nafas lega?
Ramai netizen yang berterima kasih kepada Zahra kerana beliau berani meluahkan rasa hati pada belia di hadapan Menteri dan 'orang besar' lain di majlis tersebut
Masalah ini bukanlah dialami oleh Zahra seorang, tetapi ramai graduan dan belia yang menghadapi masalah seperti tak cukup duit dan tak cukup peluang.
Tak kurang juga yang kurang senang dan menganggap Zahra banyak beralasan sedangkan ramai orang lain yang mempunyai masalah lebih teruk darinya
Persoalannya, benarkah sebegini perit kehidupan sebagai seorang lepasan universiti di Malaysia?
Berdasarkan carta di atas, gaji graduan paling tinggi ialah lebih kurang RM3,000. Di zaman GST dan barang mahal ini, RM3,000 sebenarnya tidaklah banyak mana. Ini kira-kira perbelanjaan bagi keluarga yang pendapatan isi rumah RM3,000:
Ini pula perbandingan kos sara hidup antara bandar-bandar besar di Malaysia, dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebagai bandar yang mencatat nilai tertinggi:
Mungkin ada yang berkata, kenapa tidak pindah saja ke bandar dengan kos sara hidup lebih murah? Untuk berpindah ke tempat baru harus ambil kira skop jawatan yang ditawarkan di tempat tersebut dan faktor keluarga.
Lagipun, tidak semestinya kawasan luar bandar menjanjikan kos hidup yang lebih berpatutan. Contohnya di Sarawak, bandar Bintulu antara bandar paling mahal.
Jadi, adakah kerana desakan hidup ini sampai ada yang membandingkan kos hidup dan belanja seharian di Malaysia dan luar negara?
Baru-baru ini, ada netizen yang mendakwa dengan 5 pound, dia mampu membeli makanan yang boleh mengalas perutnya. Jika di Malaysia, apakah makanan yang boleh kita beli dengan harga RM5?
Bagaimana pula dengan kos pengangkutan atau kenderaan? Mungkin menaiki pengangkutan awam kosnya lebih murah, tetapi harus diambil kira faktor masa dan lokasi tempat kerja.
Sekalipun harga kenderaan telah dikurangkan seperti dalam manifesto di atas, timbul pula persoalan tol dan harga minyak naik. Bagaimana nak tampung semua keadaan itu?
Baru-baru ini, harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa 30 Jun 2015.
Harga rumah di kawasan bandar pula sekurang-kurangnya RM600,000. Hendak menyewa? Perlu kos dalam RM500 pula. Tetapi, sampai bila hendak menyewa?
Harga rumah mampu milik di kawasan seperti Ampang bernilai sekurang-kurangnya RM600,000, manakala di pinggir bandar seperti di Rawang ialah RM380,000.
beritasemasa.com.myTambahan pula, ada ura-ura untuk menghentikan pinjaman perumahan bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.
siakapkeli.myKami faham, Zahra bukan sekadar merungut kosong. Sudah pasti insan seperti Zahra mengharapkan ada solusi untuk permasalahan ini, terutama bagi graduan atau mereka yang 'baru nak hidup'.