seismik

Scha Alyahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Scha dan Awal kini sah bergelar ibu dan bapa.

Cover image via Instagram Awal Ashaari

[TERKINI] Dah Tengok Wajah Bayi Awal Dan Scha? Memang Comel!

Scha bergambar bersama bayi sulungnya.

Image via Instagram Scha Alyahya

Seperti dijanjikan sebelum ini, Awal Ashaari melalui akaun Instagram beliau telah mendedahkan wajah dan nama anak sulung bersama isteri, Scha al-Yahya yang memang dinantikan oleh para peminat mereka sejak kelahiran lebih sebulan lalu.

rotikaya.com

Wajah anak mereka akhirnya didedahkan kepada umum melalui laman Instagram.

Image via Instagram Scha Alyahya

Maka, terungkailah sudah semua pertanyaan di minda para peminat sekaligus menidakkan dakwaan haters yang mendakwa bahawa mereka enggan menayang foto anak mereka kerana si cilik tu tak comel.

ohbulan.com

Sebelum Ini, Peminat Hiburan Tanahair Menyangkakan Nama Bayi Awal Dan Scha Ini Adalah Lara Lodin Seperti Yang Dimuat Naik Scha Di Laman Instagramnya

Nama bayi sulung Awal dan Scha bukan Lara Lodin seperti yang dimuat naik Scha beberapa minggu lalu.

Image via Instagram Scha Alyahya

Muka Lara Alana Ini Tak Kurang Seperti Ibunya. Anda Setuju? Apa-Apa Pun, Semoga Lara Dapat Menjadi Anak Yang Terbaik Buat Kedua Ibu Bapanya Di Masa Hadapan.

Scha Alyahya, 31, Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur Jam 5.50 Petang Pada 22 Julai 2014

Image via blogspot.com

Berita itu dimaklumkan suaminya yang juga pelakon, Awal Ashaari, 33, menerusi Instagram pada pagi 23 Julai.

yahoo.com

Suaminya, Awal Ashaari Telah Memuat Naik Gambar Bayinya Menggenggam Erat Jarinya Ke Laman Instagram Sambil Meluahkan Rasa Syukur Dengan Kelahiran Bayi Pertama Mereka Itu

Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua. #schawal #babyschawal #love

illustrasiaku.com

Menurutnya, keadaan ibu dan anak baik-baik saja. Peminat sememangnya sudah tidak sabar untuk lihat kecomelan wajah baby Schawal ini.

budiey.com

Pasangan Scha Dan Awal Atau Lebih Dikenali Dengan Nama 'Schawal' Telah Mendirikan Rumah Tangga Sejak Dua Tahun Lalu Pada 4 Mei 2012

Image via wp.com

Pasangan ini mengikat tali hubungan sebagai suami isteri di sebuah majlis pernikahan pada 4 Mei 2012 yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya.

rotikaya.com

Menariknya, majlis perkahwinan & juga pernikahan pasangan ini menerima tajaan mewah cenderahati mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati diedarkan kepada tetamu bernilai RM60,000.

rotikaya.com

Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Scha Dan Awal. SAYS Mendoakan Semoga Kalian Berdua Menjadi Ibu Bapa Yang Bertanggungjawab Dan Semoga Bayi Kalian Menjadi Anak Yang Solehah.

Image via blogspot.com

Cerita Berkenaan Artis Tempatan Lain Di SAYS:

You may be interested in: