seismik

6 Sebab Utama Kenapa Ibu Bapa Tak Perlu Halang Anak-Anak 'Explore' Dan Bermain

Banyak manfaat yang kanak-kanak peroleh.

Cover image via SAYS

Bukan senang nak membesarkan anak-anak

Image via SAYS

Barangkali, salah satu perkara paling mencabar dalam menjadi ibu bapa ialah memberi kebebasan. Sesetengah ibu bapa berasa sukar untuk membiarkan anak-anak meneroka dan bermain terutamanya ketika mereka masih kecil.

Sebenarnya, ibu bapa tak perlu terlalu risau. Di sini ada beberapa sebab yang mungkin dapat meyakinkan ibu bapa untuk membiarkan anak bermain:

1. Lumrah semula jadi kanak-kanak untuk bermain

Image via SAYS

Dah nama pun kanak-kanak, tak kan kita expect mereka untuk duduk diam pula. Betul tak? Kanak-kanak mana boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama. Mesti mereka akan bosan dan mula explore dan cari apa sahaja benda yang mereka boleh main di sekeliling.

Mereka memang tak pernah kenal erti penat. Ternyata, bermain dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Jadi biarlah mereka bermain, asalkan dalam persekitaran yang selamat.

2. Anak-anak akan jadi lebih aktif dan kreatif

Image via SAYS

Ini merupakan fasa terpenting untuk perkembangan minda mereka. Kalau kanak-kanak jadi pasif, daya kreativiti mereka mungkin akan terjejas kerana mereka tidak banyak bermain.

Halangan ibu bapa juga boleh memberi perasaan khuatir atau takut dalam diri kanak-kanak yang boleh membataskan daya pemikiran mereka untuk pergi lebih jauh. Mereka akan lebih berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hilang minat untuk bereksplorasi.

3. Bermain dapat merangsang otak

Image via SAYS

Dengan bermain, imaginasi kanak-kanak akan melangkau ke satu alam fantasi yang tiada batasan. Ini akan merangsang otak dan menjadikan pemikiran mereka lebih luas. Sekali gus, minda kanak-kanak akan berkembang pesat dan lebih banyak sel dapat dihubungkan dengan baik.

Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak didedahkan dengan dunia luar, lebih banyak perkara yang mereka boleh terokai. Pengalaman yang dikutip pasti berbaloi untuk tumbesaran mereka.

4. Anak-anak akan sihat dan tak tertekan

Image via SAYS

Bermain ialah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Selain itu, ia juga mampu melenyapkan tekanan. Kanak-kanak yang banyak bermain semestinya berbeza kondisi kesihatan dan keriangan mereka berbanding yang pasif.

Selain memberi pemakanan yang baik, ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Kanak-kanak juga pasti akan lebih gembira dan ceria.

5. Bermain juga adalah belajar

Image via SAYS

Belajar bukan hanya dalam kelas, atau melalui tunjuk ajar oleh seseorang. Bermain juga adalah satu proses pembelajaran. Kanak-kanak pasti akan mempelajari cara untuk selesaikan sesuatu masalah ketika bermain, malah turut boleh menguasai sesuatu kemahiran dengan pantas.

Dengan bermain juga, kanak-kanak akan dapat mengutip pengalaman yang luas dan menghadapi rintangan secara first-hand. Pastinya pengalaman yang dikutip ini tidak boleh ditukar ganti dengan perkara lain.

6. Interaksi dengan ibu bapa

Image via SAYS

Ibu bapa perlu luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama anak-anak ketika mereka masih kecil lagi kerana mereka akan belajar untuk melihat, mendengar, dan melakukan apa yang ibu bapa buat.

Aktiviti yang simple seperti berbual, membacakan buku, menyanyi lagu, dan bermain dengan mainan akan membantu merangsang minda mereka yang sedang berkembang. Malah, perkara-perkara ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dengan si manja.

Lebih bagus lagi, maksimumkan hubungan sel-sel otak anak-anak anda agar mereka mampu mencapai potensi sepenuhnya

Image via Anmum Essential

Walaupun bermain dan interaksi dengan anak-anak adalah sangat penting, mereka juga perlu diberi pemakanan yang baik bagi perkembangan minda yang optimum. Anmum Essential menyediakan segala nutrien yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

Dirumus khas dengan Mind-Q Connect, Anmum Essential mengandungi DHA dan 2 kali lebih GA. DHA dan GA adalah kombinasi nutrien penting bagi menyokong perkembangan dan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak sel-sel otak berhubung, semakin cepat kanak-kanak belajar dan berkembang dari segi mental, emosi, dan sosial.

Image via Anmum Essential

Ibu bapa mana yang tak nak berikan yang terbaik untuk anak-anak, kan? Jadi, pilihlah Anmum Essential!

Maklumat lanjut, layari laman web Anmum Essential sekarang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Adakah anda melakukan salah satu?