seismik

Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang Konflik Terbaru Israel Gaza

Kronologi penuh konflik terbaru Gaza dan Israel pada tahun 2014.

Cover image via blogspot.com

[TERKINI] Perang Israel Dan Gaza Tamat

Pihak Palestin menerusi delegasinya pada Selasa 26 ogos 2014 telah mencapai persetujuan gencatan senjata disifatkan satu jangka panjang dengan Israel di Kaherah, bagi menghentikan pergolakan di Gaza yang masuk hari-50.

mysumber.com

Ribuan rakyat Palestin keluar di jalan raya untuk meraikan gencatan senjata terbaru ini.

Image via mysumber.com

Israel dan Hamas mengumumkan mereka mempersetujui gencatan senjata terbaharu bagi mengakhiri peperangan tujuh minggu di Gaza yang sudah meragut nyawa lebih 2,200 orang yang kebanyakannya penduduk Palestin.

bharian.com.my

Timbalan Pemimpin Hamas, Mussa Abu Marzuk.

Image via haaretz.com

Memetik laporan, menurut persetujuan itu, sekatan ke atas Genting Gaza akan ditamatkan dan tuntutan penduduk Gaza akan dipenuhi. Kejayaan mencapai persetujuan itu turut disahkan oleh timbalan pemimpin Hamas, Mussa Abu Marzuk di Facebooknya dan turut menyifatkan ia adalah kemenangan penduduk Palestin.

mysumber.com

Ribuan penduduk Palestin keluar di jalan raya bagi meraikan gencatan senjata terbaru ini sambil menyanyikan lagu kemenangan dan melafazkan rasa syukur dengan memuji keagungan Allah

Ribuan penduduk keluar di jalan raya bagi meraikan gencatan senjata terbaharu itu dengan setengahnya melepaskan tembakan ke udara iaitu terdiri daripada pejuang Hamas yang bersenjata.

mysumber.com

Rakyat Palestin meraikan kemenangan dengan melepaskan tembakan ke udara.

Image via mysumber.com

Penduduk melambai dan bertepuk tangan dengan berbaris panjang di jalan raya sambil menyanyikan lagu kemenangan. Mereka turut mengibar bendera besar Hamas berwarna hijau.

mysumber.com

Kanak-kanak di Palestin bersorak dalam meraikan gencatan senjata terbaru pada 26 Ogos 2014.

Image via mysumber.com

Di Masjid berdekatan, pembesar suara jelas kedengaran dengan ucapan kesyukuran dan memuji keagungan Allah apabila perang selama tujuh minggu itu tamat dengan menyaksikan 1.8 juta penduduk Palestin terpaksa meninggal rumah kerana ketakutan akibat dibom tentera Israel.

mysumber.com

Namun begitu, letupan roket masih lagi kedengaran di Gaza selepas pengumuman berkuatkuasa pada jam 7 malam, 26 Ogos 2014

Gencatan senjata itu berkuatkuasa jam 7 malam waktu tempatan Gaza (1600 GMT), namun keganasan masih dilaporkan berlaku sehingga minit terakhir gencatan dimulakan.

therakyatpost.com

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersolat selepas gencatan senjata diumumkan.

Image via bharian.com.my

Di Israel, serangan mortar yang ditembak dari Gaza dilaporkan membunuh seorang lelaki dan dua pagi parah. Di Gaza, polis melaporkan serangan udara Israel menyebabkan satu bangunan tujuh tingkat runtuh di Pekan Beit Lahiya, iaitu bangunan tertinggi keenam diserang sejak minggu lalu.

antarapos.com

Letupan roket Israel masih kedengaran di Gaza biarpun selepas pengumuman gencatan senjata dibuat.

bharian.com.my

Ikuti kronologi konflik Israel dan Gaza di bawah:

Ketegangan puak Israel dengan Palestin bermula apabila tiga remaja Israel ditemui mati pada 1 Julai 2014

Tiga remaja Israel yang didakwa diculik di Tebing Barat ditemui mati. Menurut jurucakap tentera Israel, mayat ketiga-tiga remaja berkenaan ditemui di bandar Halhul, Utara Hebron.

astroawani.com

Mayat Naftali Frenkel, Gilad Shaar dan Eyal Yifrach ditemui di bandar Halhul, Utara Hebron.

Image via emol.com

Naftali Frenkel, Gilad Shaar dan Eyal Yifrach dilaporkan kali terakhir dilihat di satu persimpangan berhampiran Hebron.

astroawani.com

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar mahu membalas dendam terhadap insiden itu dan menjadikan Hamas sebagai sasaran.

astroawani.com

Pada 6 Julai 2014, konflik menjadi semakin tegang selepas mayat seorang remaja Palestin ditemui rentung dipercayai dipukul dengan objek keras dan dibakar hidup-hidup oleh pelampau Yahudi

Mayat Mohammed Abu Khudair, 16, yang diculik di kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur ditemui rentung beberapa jam kemudian dalam hutan di pinggir bandar raya itu.

astroawani.com

Mayat Mohammed Abu Khudair, 16, ditemui rentung dipercayai dibakar hidup-hidup oleh pelampau Yahudi.

Image via tribunnews.com

Bedah siasat awal mendapati mayat remaja Palestin yang dipercayai diculik dan dibunuh pelampau Yahudi menunjukkan mangsa dibakar hidup-hidup.

astroawani.com

Ibu Abu Khudair menunjukkan gambar anaknya.

Image via jpnn.com

Malah, Mohammed juga dilaporkan dipukul dengan objek keras sebelum dibakar. Mayat remaja berusia 16 tahun itu ditemui di dalam hutan selepas diculik dari rumahnya.

astroawani.com

Ekoran insiden tersebut, militan Palestin bertindak melancarkan kira-kira 18 tembakan roket dan mortar ke selatan Israel

Sekurang-kurangnya 18 roket dan mortar dilancar ke selatan Israel yang mencederakan sekurang-kurangnya seorang askar.

Image via islamtimes.org

Sementara itu, militan melepaskan tembakan roket dan mortar di Israel dari Gaza pada masa Mesir berusaha ke arah misi gencatan senjata. Sekurang-kurangnya 18 roket dan mortar dilancar ke selatan Israel yang mencederakan sekurang-kurangnya seorang askar.

astroawani.com

Sebelum itu, pesawat perang Israel telah menyerang tiga tapak di selatan Gaza, mensasarkan kem latihan Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas, di Rafah dan Khan Younis.

astroawani.com

Pihak Zionis Israel membalas serangan militan Palestin dengan melancarkan serangan ke atas lebih 50 sasaran di Semenanjung Gaza melalui udara dan laut sehingga mengorbankan 28 orang

Image via tempo.co

Zionis Israel terus melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan menyasarkan lebih 50 sasaran melalui udara dan laut. Serangan yang berterusan terhadap Gaza itu kini telah mengorbankan 28 orang dan lebih 150 lagi orang cedera, lapor media antarabangsa.

ismaweb.net
Image via viva.co.id

Pemimpin Hamas, Ismail al Asyqar berkata, bahawa Hamas tidak akan menghentikan serangan roket ke atas Israel sehingga Israel tunduk kepada dua syarat Hamas iaitu menghentikan sebarang serangan ke atas Gaza dan menghentikan kepungan ke atas Gaza sejak 2006.

ismaweb.net

Dalam masa 4 hari sahaja, jumlah kematian penduduk Gaza mencecah 83 orang akibat bedilan pihak Zionis Israel, 21 daripadanya adalah kanak-kanak

Image via blogspot.com

Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat pada Jumaat menyaksikan angka kematian mencecah 83 orang. Daripada jumlah 83 yang terkorban itu, 21 daripadanya adalah kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel.

mysumber.com
Image via dailymail.co.uk

Kebanyakan yang meninggal dunia itu melibatkan orang awam yang terkena serpihan objek selepas jet-jet tentera Israel melakukan serangan ke atas rumah-rumah yang disyaki para pejuang Palestin.

mysumber.com

13 Julai: Presiden Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan sekurang-kurangnya 33,000 tentera darat Israel untuk bersiap sedia dalam memperhebat lagi serangan ke atas Gaza

Sekurang-kurangnya 33,000 tentera Israel, peralatan perang termasuk kereta kebal dan perisai bersiap sedia serta ditempatkan di sepanjang sempadan untuk melancarkan serangan melalui darat di Semenanjung Gaza.

mstar.com.my

Kereta kebal dan perisai tentera Israel bersiap sedia di sempadan untuk melancarkan serangan darat.

Image via mysumber.com

Perancangan terbaharu ini membuktikan kekejaman Israel tidak pernah padam selepas serangan yang masuk hari kelima dan mengorbankan 127 orang. Ketika ini juga, sekurang-kurangnya 16 lagi kawasan penduduk Palestin menjadi sasaran dalam serangan ganas Israel.

mstar.com.my

Anggota Israel diberi penerangan mengenai operasi yang bakal dilancarkan di Semenanjung Gaza di lokasi yang dirahsiakan.

Image via mstar.com.my

Bagaimanapun, jurucakap tentera Jeneral Moti Almoz berkata, beliau menjangkakan serangan udara akan berterusan untuk beberapa hari kerana ‘terdapat banyak lagi sasaran untuk diserang’.

mstar.com.my

14 Julai: Susulan angka mangsa korban Gaza semakin meningkat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kedua-dua pihak untuk menghentikan apa jua jenis serangan

"Sudah terlalu ramai orang awam Palestin dibunuh. Situasi terkini di Gaza, dengan sekurang-kurangnya 172 rakyat Palestin terbunuh dan tiada langsung kecederaan di pihak Israel dilihat semakin teruk," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon.

astroawani.com

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon.

Image via voanews.com

Ki-moon turut mendesak Israel membatalkan serangan darat selain menyatakan kesan buruk jika ia dilaksanakan. Ki-moon turut mengulangi gesaannya supaya Hamas menghentikan serangan roket ke atas Israel.

astroawani.com

"Ia adalah demi kepentingan kedua-dua belah pihak. Mereka perlu menghentikan segera apa juga langkah ke arah peperangan dan berbalas serangan sekali gus dapat menghalang risiko lebih besar dan lebih banyak kematian. Apa yang penting ia menjamin keamanan dan keselamatan serantau. Saya minta kedua-dua pihak berusaha ke arah itu sekarang," katanya.

astroawani.com

15 Julai: Selepas didesak PBB, terdapat ura-ura bahawa gencatan senjata akan berlaku, namun gagal sama sekali apabila Israel terus membedil Gaza tanpa henti

Image via aljazeera.com

Israel melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan udara di Gaza tengahari Selasa, selepas gencatan senjata gagal dilaksanakan, koresponden AFP yang berada di sana melaporkan.

astroawani.com
Image via timeinc.net

Terdahulu, jumlah korban serangan Israel di Gaza telah meningkat kepada 192 orang apabila enam orang lagi terbunuh pada Selasa sebelum Israel menerima genjatan senjata ditaja oleh Mesir.

astroawani.com

17 Julai: Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata sementara selama lima jam hari ini bagi membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Image via viva.co.id

Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata sementara selama lima jam hari ini bagi membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gencatan senjata itu dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mulai jam 10 pagi hingga 2 petang waktu tempatan Gaza.

bharian.com.my
Image via nefosnews.com

"Kumpulan yang ada bersetuju untuk menerima tawaran PBB berhubung 'tempoh bertenang' selama lima jam itu untuk keperluan kemanusiaan," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zhuri.

mysuara.net

Setelah 10 hari konflik Israel dan Gaza berlalu, angka yang terkorban adalah seramai 223 orang penduduk Palestin. Dalam tempoh sama, pejuang Hamas melepaskan lebih 1,200 roket ke atas Israel.

Image via infospesial.net

Sementara itu, AP melaporkan, kempen serangan Israel yang memasuki hari ke-10 hari ini sudah mengorbankan 223 nyawa penduduk Palestin dengan kumpulan hak asasi yang berpangkalan di Gaza mendakwa 80 peratus daripada mangsa membabitkan orang awam.

bharian.com.my
Image via wordpress.com

Dalam tempoh sama, pejuang Hamas melepaskan lebih 1,200 roket ke atas Israel dengan seorang penduduk Israel menjadi korban pertama. Tentera berkata, pada awal pagi semalam, lebih 82 roket dibedil ke arah Israel dengan kira-kira 30 daripada dipintas Israel.

bharian.com.my

18 Julai: Hanya beberapa jam selepas gencatan senjata tamat, kedua-dua pihak kembali berbalas serangan. Tentera Israel memulakan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza.

Tentera Israel memperluaskan Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan sejak 10 hari lalu dengan mengerahkan tenteranya masuk ke Semenanjung Gaza dan memulakan operasi serangan darat awal hari ini.

astroawani.com
Image via dw.de

Serangan darat ini dilancarkan beberapa jam selepas gencatan senjata selama lima jam dipatuhi pada Khamis. Tidak lama selepas gencatan senjata itu tamat, kedua-dua pihak kembali berbalas serangan.

astroawani.com
Image via okeinfo.net

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon mengarahkan operasi serangan darat itu bagi memusnahkan rangkaian terowong bawah tanah dari Gaza yang menganjurkan masuk ke wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis itu.

astroawani.com

21 Julai: Jumlah mangsa terkorban meningkat kepada lebih daripada 500 orang. PBB sekali lagi menggesa gencatan senjata untuk dilaksanakan serta merta yang turut disokong Presiden AS, Barack Obama.

Image via blogspot.com

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru satu “genjatan senjata serta merta” dilaksanakan oleh pihak Palestin dan Israel bagi menghalang kematian akibat konflik itu yang kini melebihi 500 nyawa.

astroawani.com
Image via telegraph.co.uk

Gesaan itu turut disambut Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaporkan telah menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada awal Isnin, sementara Setiausaha Luar Negara itu John Kerry kini menuju ke rantau bergolak itu dalam usaha mendapatkan perdamaian.

astroawani.com

Setakat 22 Julai, seramai 576 rakyat Palestin dan 27 rakyat Israel terbunuh setelah 15 hari berlalu. Gencatan senjata masih belum dilaksanakan.

Image via klimg.com

Dua lagi tentera Israel terbunuh di Semenangjung Gaza pada hari ke-15 serangan rejim Zionis itu ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 27.

matabulat.my
Image via viva.co.id

Sementara itu, jurucakap perkhidmatan kecemasan Semenanjung Gaza Ashraf al-Qudra pula memaklumkan, seramai 576 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Israel melancarkan serangan tanpa henti bermula 8 Julai lalu.

matabulat.my

Dapatkan berita mengenai pertempuran Israel dan Palestin hanya di SAYS:

You may be interested in: