Selepas 40 Hari Ditutup, Masjid Al-Aqsa Akhirnya Dibuka Semula

Pembukaan semula itu berlaku pada waktu Subuh, dengan ratusan jemaah dilihat memasuki pekarangan Al-Aqsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas lebih sebulan dihalang akses, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis akhirnya dibuka semula pada Khamis, sekali gus memberi ruang kepada umat Islam Palestin kembali menjejakkan kaki ke salah satu tempat paling suci dalam Islam itu

Menurut laporan Sinar Harian, pembukaan semula itu berlaku pada waktu Subuh, dengan ratusan jemaah dilihat memasuki pekarangan Haram al-Sharif untuk menunaikan solat berjemaah.

Anadolu Ajansi (AA) berkata, ramai jemaah tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja dibenarkan masuk semula selepas 40 hari sekatan ketat dikenakan pihak Israel.

SAYS.com
Image via AFP

Penutupan Masjid Al-Aqsa sebelum ini dibuat atas alasan keselamatan susulan konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Namun, sekatan tersebut mencetuskan kemarahan ramai, lebih-lebih lagi apabila ia berlanjutan sehingga bulan Ramadan dan Syawal, iaitu waktu yang sangat penting bagi umat Islam.

Lebih menyedihkan, buat pertama kalinya sejak pendudukan Baitulmaqdis pada tahun 1967, solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan diadakan di masjid berkenaan.

Provokasi ketika sekatan masih berjalan

Dalam masa sama, situasi menjadi lebih tegang apabila Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mencetuskan kontroversi selepas bertindak menceroboh kawasan Haram Al-Sharif ketika sekatan masih berkuat kuasa.

Tindakan itu dilihat sebagai satu provokasi terbuka yang menambahkan lagi kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Bukan sahaja umat Islam, penganut Kristian juga berdepan sekatan apabila kemasukan ke Gereja Makam Suci di Kota Lama turut dihadkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: