Selepas Alvin Tan, Giliran Ali Abd Jalil Pula Cari Suaka Politik Di Luar Negara
Ada siapa-siapa lagi yang ingin menetap di luar negara?
[TERKINI] "Anak Saya Tidak Diberi Keadilan Di Malaysia," Kata Bapa Ali
Walaupun Abd Jalil Abd Rahman bersedih dengan keputusan anaknya meninggalkan Malaysia dan mendapatkan suaka politik di Sweden, beliau tahu pilhan yang ada hanyalah sama ada membenarkannya pergi atau merisikokan nyawanya.
themalaysianinsider.com"Bagi saya, yang lebih penting adalah keselamatan, jadi di mana Ali berada, saya tidak peduli sangat, asalkan tempat dia berada selamat," kata Jalil.
themalaysianinsider.comBapanya Berkata, Kes Dihadapi Ali Ini Unik Kerana Anaknya Itu Berdepan Dengan Institusi Raja Yang Mempunyai Kuasa Tiada Batasan
"Ali punya kes ini berbeza dengan Adam Adli atau Safwan Anang kerana mereka ini menentang kerajaan dan institusi,” katanya merujuk kepada dua aktivis yang sudah dijatuhkan hukuman penjara mengikut Akta Hasutan 1948.
themalaysianinsider.com"Tapi Ali ini, beliau bantah terhadap institusi istana, semua faham isu ini sensitif dan melibatkan sentimen orang Melayu.”
informasi.my"Kita pun tahu dan pernah mendengar raja mengambil tindakan membelakangi dan melanggar undang-undang. Kita juga tahu sistem keselamatan dan keadilan negara ini tidak menjamin keselamatan rakyat," katanya.
themalaysianinsider.comMenurutnya Lagi, Pemikiran Ali Terhadap Golongan Atasan Ini Mula Berubah Sejak Beliau Bekerja Apabila Beliau Sering Kali Memerhatikan Kelakuan Buruk Yang Dipamerkan Oleh Golongan Ini
"Ali ini seorang yang suka cabaran, selepas SPM dia pergi kerja, tidak macam orang lain. Dengan inisiatif sendiri dia pergi kerja. Kerja restoran, di lapangan terbang dan hotel, jadi dia memerhatikan kelibat orang dan mereka yang dikatakan ‘golongan elit' ini."
informasi.my"Semasa bekerja di hotel mewah Kuala Lumpur, di sana dia melihat gambaran buruk dilakukan oleh mereka yang elit ini, pembesar negara dan orang istana. Bila dia lihat perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini, dia mungkin mempersoalkan apa yang dilakukan oleh seseorang yang dikatakan ketua agama ini," katanya lagi.
themalaysianinsider.comSebelum Ini, Blogger Seks Kontroversi, Alvin Tan Mengambil Keputusan Untuk Berpindah Ke Amerika Syarikat Bagi Mendapatkan Suaka Politik Di Negara Itu Kerana Tidak Tahan Dengan "Kezaliman Dan Kejahilan" Kerajaan Malaysia
Terkini, Giliran Ali Abd Jalil Pula Untuk Melakukan Perkara Yang Sama. Ali Bertindak Melarikan Diri Ke Sweden Setelah Mendakwa Dirinya Dilayan Seperti Sampah.
Ali Abd Jalil Sebelum Ini Menghadapi Tiga Tuduhan Di Bawah Akta Hasutan Kerana Menghina Kerabat Diraja Johor Dan Sultan Selangor Di Facebook
Ali sebelum ini menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di laman Facebook. Beliau juga ditahan untuk siasatan polis selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.
bnbbc.myDalam Satu Temubual, Ali Memberitahu Keputusan Itu Sedikit Sebanyak Didorong Dan Dipengaruhi Oleh Alvin Tan. Dengarkan Penjelasan Penuh Ali Dalam Video Di Bawah:
Menerusi Satu Status Di Facebook, Alvin Tan Didapati Memuji "Keberanian Dan Kebijaksaan" Ali Abd Jalil Dalam Mencari Suaka Politik Di Luar Negara
Dalam Pada Itu, Ahli Keluarga Ali Akui Terkejut Dengan Keputusan Beliau Berpindah Ke Sweden Namun Menyokong Penuh Tindakan Itu Memandangkan Beliau Tidak Lagi Selamat Untuk Tinggal Di Malaysia
Kakak Ali, Asiah dilaporkan berkata keluarganya tidak mengetahui mengenai perancangan Ali itu dan mengakui terkejut dengan tindakan adiknya.
astroawani.comWalaupun begitu, Asiah juga menjelaskan keluarganya menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh Ali memandangkan tiada jaminan keselamatan untuk adiknya itu jika terus kekal berada di Malaysia.
astroawani.comAli Dilaporkan Mendapat Bantuan Dari Sebuah Badan Hak Asasi Manusia Antarabangsa Untuk Keluar Dari Malaysia. Bagaimanapun, Badan NGO Itu Tidak Didedahkan.
"Ali berjaya menjalani proses mendapatkan visa. Majistret negara tersebut sudah meluluskan visa. Kini Ali dalam proses memohon suaka politik daripada negara itu."
astroawani.com"Tetapi, beberapa proses perlu dijalani terlebih dahulu, antaranya pengesahan yang Ali ialah warganegara Malaysia dan bentuk ancaman yang dihadapinya," jelas Asiah lagi.
astroawani.comAdakah Ini Petanda Rakyat Sudah Mula Kecewa Dengan Kerajaan Malaysia? Menurut Dr Lim Teck Ghee, Kes Ini Terjadi Disebabkan Tindakan Kerajaan Yang Tidak Boleh Menerima Perbezaan Ideologi Politik.
Dr Lim Teck Ghee yang mengetuai Centre for Policy Initiatives (CPI) berkata, kes Ali dan Tan menjadi trend terkini jika kerajaan terus bertindak autoritarian dan mengambil pendirian agama yang jumud.
themalaysianinsider.com“Ini akan menyebabkan mereka yang lebih berpendidikan dan berbakat merasa penindasan politik tidak boleh ditoleransi,” katanya, dan menambah ribuan lagi rakyat Malaysia walaupun tidak didakwa akan meninggalkan negara jika Putrajaya tidak menghentikan tindakan keras terhadap mereka yang berbeza ideologi politik.
themalaysianinsider.com“Tetapi mungkin kerajaan hari ini melihat dari sudut berbeza dan lebih suka musuh politik mereka menetap di luar negara berbanding dalam negara. Jika itu yang mereka rancangkan, terbukti mereka berjaya,” katanya.
themalaysianinsider.comPengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian Juga Bersetuju Sambil Berkata Anak-Anak Muda Sekarang Dipaksa Untuk Tidak Bersuara Dan Putrajaya Akan Menerima Akibat Daripada Itu
“Kita mempunyai angka pengundi muda yang besar. Dan jika kita takutkan mereka untuk bersuara sekarang, kita akan memaksa mereka ke ‘bawah tanah’ yang akan lebih mengecewakan."
kwiknews.my“Walaupun ia merupakan proses panjang, jika ini berterusan dan peluang untuk berbeza pendapat ditutup, kita sedang mencipta sesuatu yang kita tidak bersedia untuk hadapi pada masa hadapan,” kata Ibrahim Suffian.
kwiknews.myDalam Perkembangan Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) Menempelak Sebuah Artikel Berjudul 'Rakyat Cari Suaka, Penganalisis Beri Amaran Pada Putrajaya Kekecewaan Meningkat' Yang Dikeluarkan Oleh The Malaysian Insider
Status Itu Menceritakan Bahawa Dakwaan Yang Dikenakan Ke Atas Alvin Tan Dan Ali Abd Jalil Sebelum Ini Bukan Kerana Perbuatan Mengutuk Kerajaan Tetapi Disebabkan Oleh Tindakan Sensitif Lain
KJ Berkata Artikel Itu Langsung Tidak Mendedahkan Sebab Sebenar Kedua-Dua Individu Itu Didakwa Tetapi Lebih Memfokuskan Tentang Keburukan Kerajaan