seismik

[VIDEO] Gadis Ini Terus Memeluk Islam Selepas Bertanya Satu Soalan Kepada Dr Zakir Naik

Alhamdulillah.. Hidayah itu milik Allah.

Cover image via terengganutimes.com

Seorang gadis beragama Kristian telah memeluk agama Islam setelah mengajukan satu soalan dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik di Padang Astaka Kemaman, Terengganu semalam

Gadis yang bernama Wu Nina Grace berasal dari Johor dan berbangsa Cina keturunan Filipina itu adalah seorang penuntut di sebuah kolej tempatan di negeri tersebut.

Nina dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan Dr Zakir mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

bharian.com.my

Gadis itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan lebih 40,000 hadirin yang hadir dan momen bertukar sedikit sebak

Segalanya bermula sewaktu Q and A session apabila gadis ini memberitahu bahawa dia menghafal dan sering membaca surah Al-Fatihah, Al-Kursi dan 3 Qul.

Gadis itu meneruskan soalan dengan bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Selepas soalan itu ditanya, Dr Zakir Naik serta-merta menjawab "tidak" dan kemudiannya bertanya kepada gadis tersebut beberapa soalan untuk lebih mengenalinya

Dr. Zakir: "Adakah kamu percaya bahawa hanya ada satu Tuhan?"

Grace: "Ya"

Dr. Zakir: "Adakah kamu percaya Jesus itu adalah Tuhan?"

Grace: "Tidak"

Dr. Zakir: "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?"

Grace: "Ya".

Selepas soalan itu ditanya, Dr Zakir Naik memberitahu jika itu yang dipercayai oleh gadis tersebut, baginya gadis itu sudah pun bergelar muslim

Kemudian, beliau mengajak gadis tersebut untuk mengucap 2 kalimah syahadah.

Para hadirin menjerit memberi sokongan supaya gadis tersebut melakukannya dan akhirnya Nina mengucap dua kalimah syahadah di hadapan hampir lebih 40 000 hadirin yang hadir.

Ucapan itu diakhiri dengan tepukan para hadirin sebagai tanda gembira terhadap keputusan yang diambil oleh Nina.

Sejurus perkara itu berlaku, dia dibawa oleh pihak Pejabat Agama dan pihak berkuasa ke belakang pentas supaya tidak diserbu orang ramai

Isteri kepada Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria telah memakaikan Nina dan mengajarnya cara memakai tudung.

Gadis tersebut dikatakan bercadang untuk menukar nama beliau dariapda Nina Grace kepada Nur Nina Farisha.

terengganutimes.com

Saksikan video penuh detik-detik indah tersebut di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah mengenai Dr Zakir Naik:

You may be interested in: