Selepas Lebih Seminggu Penantian, Muhyiddin Dijangka Umum Senarai Kabinet Petang Ini
Siapalah agak-agaknya kan?
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 11 pagi ini untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, ia berkata selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin dijangka bakal mengumumkan senarai jemaah Menteri pada jam 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
"Setelah mendapat perkenan Agong, perdana menteri dijangka akan mengumumkan senarai jemaah menteri pada jam 5 petang hari ini di pejabat beliau di Putrajaya," kata kenyataan itu.
Perkara tersebut secara tidak langsung bakal melenyapkan tanda tanya dalam kalangan rakyat tentang siapakah yang bakal menduduki tempat di dalam barisan Kabinet selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa minggu lalu.