Selepas Makan Nasi Goreng Cina, Budak 10 Tahun Rebah Dan Maut
Siapa sangka hidangan nasi goreng cina menjadi hidangan terakhir untuk seorang kanak-kanak.
Rutin Makan Malam Seorang Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun Bertukar Tragedi Apabila Maut Selepas Makan Nasi Goreng Cina Di Sebuah Kedai Makan Di Teluk Intan, Perak Pada 21 Disember 2014
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan di Teluk Intan.
Bapa mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran Zuriman Hamzah, menikmati nasi goreng cina manakala dia hanya makan kentang goreng.
Pada Mulanya, Mangsa Tidak Menunjukkan Sebarang Perubahan Selepas Pulang Ke Rumah. Namun Begitu, Mangsa Tiba-Tiba Berlari Ke Bilik Air Dan Muntah-Muntah Selepas Beberapa Ketika.
Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah.
“Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus bermain permainan video, tiba-tiba arwah berlari ke bilik air dan muntah-muntah."
"Kami tak syak apa-apa pada mulanya namun sebaik keluar bilik air arwah terus rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Selepas Rebah, Mengsa Segera Dikejarkan Ke Hospital Teluk Intan Untuk Menerima Rawatan
Hamzah berkata, selepas melihat anaknya pengsan, dia segera menghubungi ambulan untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.
mylaunchpad.com.myWalau bagaimanapun, Nuran tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.
klxpress.com.my