“Selera Klasik, Jiwa Moden”, Buffet Ramadan One World Hotel Tahun Ini Lain Macam!

Kalau setiap tahun kita cari tempat berbuka yang "lain sikit", Ramadan kali ini mungkin jawapannya ada di One World Hotel, Petaling Jaya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via One World Hotel

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh One World Hotel.

Buffet Ramadan One World Hotel gabung rasa klasik & moden

Bertemakan "Selera Klasik, Jiwa Moden", buffet Ramadan mereka bukan sekadar himpunan menu tradisi, tapi satu pengalaman yang gabungkan rasa nostalgia dengan gaya moden yang lebih eksklusif.

Image via SAYS Seismik

Daripada aroma kambing golek, deretan kuih tradisional, sampai ke stesen masakan interaktif, semuanya direka untuk buat momen berbuka anda rasa lebih bermakna.

Nampak macam menu yang biasa kita makan tapi kali ini mereka bawakan kelainan yang tidak akan anda dapat di tempat yang lain!

Menu yang diketengahkan memang dekat dengan selera kita. Cuma bezanya, semuanya diangkat dengan cara yang lebih kemas dan 'premium'.

Image via One World Hotel

Antara yang jadi tumpuan adalah Kambing Golek Bakar dengan Sos Mint, Kari Kepala Ikan Merah dan Sambal Udang Petai… Fuh menarik kan?

Ini bukan sekadar masakan kampung. Ini versi yang buat kita rasa macam makan di rumah, tapi rumah tu versi next level!

Image via One World Hotel

Momen kecil tapi rasa tu berbeza

Salah satu benda yang buat pengalaman berbuka di sini rasa hidup ialah stesen masakan interaktif. Ada hidangan yang dimasak terus depan mata… bunyi, asap, bau tu semua main peranan.

Image via SAYS Seismik

Masa ni biasanya orang tak terus ambil makanan. Mereka berdiri kejap, tengok chef masak, senyum-senyum sendiri.

Lepas tu barulah mission berbuka bermula. Dari hidangan panas, ke pencuci mulut tradisional seperti kuih Melayu, Serawa Durian, Ais Kacang dan Cendol. Confirm buat anda susah nak berhenti makan.

Kadang-kadang yang kita rindu bukan makanan saja, tapi suasananya

Kalau anda nak tahu, buffet disini bukan sekadar tentang makanan sahaja. Suasana juga diberi perhatian.

Tetamu disambut dengan alunan Ghazal secara langsung. Benda kecil macam ni yang buat suasana rasa lain. Kita bukan sekadar datang untuk kenyang, tapi untuk duduk, berbual, dan cipta momen berbuka yang indah!

Image via SAYS Seismik

Tambahan pula, Cinnamon Coffee House ialah restoran yang Halal-certified dan sesuai untuk semua, senang nak ajak sesiapa pun tanpa ragu.

Tak perlu fikir panjang, jom berbuka di Ramadan buffet One World Hotel tahun ini

Buffet "Selera Klasik, Jiwa Moden" di Cinnamon Coffee House, One World Hotel akan berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026 sepanjang Ramadan.

Oh ya, anda juga bakal turut dihiburkan dengan persembahan Ghazal bermula 6.30pm sehingga 9.30pm setiap hari!

Antara pilihan yang ditawarkan:

Buffet Sahur – setiap hari dari jam 4.00 pagi
RM97 (dewasa/warga emas)
RM49 (kanak-kanak)

Tradisi Lite Lunch – Isnin hingga Jumaat
RM99 (dewasa)
RM69 (warga emas)
RM49.50 (kanak-kanak)

Ramadan Buffet – setiap hari, 6.30 petang – 10.30 malam
RM238 (dewasa)
RM168 (warga emas)
RM119 (kanak-kanak)

Untuk tempahan, boleh hubungi +603 7681 1113 atau WhatsApp +6016 210 9521.

Bukan itu saja, mereka juga turut menyediakan ruang untuk orang ramai

Untuk yang merancang berbuka secara berkumpulan, sama ada untuk pejabat atau majlis istimewa, One World Hotel turut menawarkan Ballroom & Function Rooms sepanjang Ramadan dan Hari Raya.

Antara pilihan yang tersedia:

  • Ramadan Buffet – dari RM259++ seorang
  • Ramadan Dome Set – RM249++ seorang
  • Hari Raya Dome Set – RM249++ seorang
  • Hari Raya Open House Buffet – dari RM259++ seorang

Pakej ini tersedia sepanjang Ramadan hingga 20 Mac, dan untuk Hari Raya sehingga 20 April (tertakluk kepada tarikh sebenar Raya).

Ruang yang disediakan boleh memuatkan sehingga 200 meja bulat, menjadikannya sesuai untuk acara korporat, majlis penghargaan, atau sambutan besar bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tempahan Ballroom & Function Rooms boleh di buat di sini:
https://bit.ly/4t8prRZ

Lepas berbuka nak sambung holiday di hotel One World pun boleh

Selain pengalaman berbuka, One World Hotel turut menawarkan "Festive Vacation" Room Package bermula dari hari ini hingga 30 April 2026, serendah RM550++.

Ia termasuk penginapan semalam, sarapan, serta Afternoon Tea set untuk dua orang bernilai RM188. Maklumat lanjut: https://bit.ly/45p1fAl

Untuk yang nak betul-betul nak 'reset' diri sepanjang musim perayaan, Le Spa & Wellness juga memperkenalkan promosi Hydracloud Facial pada harga RM380 (1 Mac – 30 April).

Rawatan 90 minit ini fokus pada hidrasi menyeluruh, lengkap dengan urutan leher dan bahu, sesuai untuk yang perlukan rehat yang cukup dan selesa. Anda boleh hubungi mereka di WhatsApp +6016 339 1062.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS