[VIRAL] Seluar Dalam Dijumpai Di Mydin Yang Menyentuh Sensitiviti Umat Islam
Sebuah gedung pasaraya terkenal, Mydin telah mencetus kontroversi dengan penjualan seluar dalam kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
Isu Seluar Dalam Kanak-kanak Ini Telah Tersebar Luas Dan Menjadi Topik Bualan Semasa Pengguna Media Sosial Di Malaysia
Baru-baru ini, beberapa helaian seluar dalam kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti umat Islam dikatakan telah dijumpai dijual di pasaraya Mydin cawangan Jasin, Negeri Sembilan.
facebook.comSeluar dalam tersebut mengandungi cetakan gambar sebuah masjid dan dua orang lelaki memakai baju melayu lengkap seperti yang tertera pada gambar diatas.
facebook.com"Ini memang sudah terlampau lebih!!!" Kata Seorang Pengguna Facebook
Majoriti pengguna meluahkan rasa tidak puas hati kepada Mydin. Ini disebabkan cetakan gambar pada seluar dalam tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.
facebook.comRamai yang merasakan Mydin telah menghina agama Islam. Gambar masjid serta dua orang lelaki berbaju melayu lengkap tidak sepatutnya dicetak pada seluar dalam.
facebook.comPengguna Melemparkan Rasa Tidak Puas Hati Mereka Di Facebook
Rakyat Malaysia yang beragama Islam telah meminta pihak yang berkaitan untuk menyiasat tentang perkara ini.
facebook.comPerkara sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia mengaitkan dengan sensitiviti agama rasmi di Malaysia iaitu agama Islam.
facebook.comWalaubagaimanapun, Pembekal Kepada Mydin, Syarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. Telah Memohon Maaf Atas Kesilapan Yang Telah Dilakukan
Pihak pembekal Mydin, syarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. telah menyatakan rasa kesal mereka terhadap segala yang terjadi.
facebook.comSyarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. dari awalnya telah sedar terhadap cetakan gambar pada seluar dalam tersebut. Mereka berkata bahawa kejadian ini berlaku atas kecuaian yang tidak dapat dielakkan.
facebook.comMereka juga menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam.
facebook.comKenyataan Ini Telah Disokong Oleh Seorang Pengguna Yang Prihatin
Pihak pengurusan Mydin telah menyarankan bahawa pakaian yang mempunyai cetakan gambar yang boleh menyentuh sensitiviti agama tidak akan lagi dijual dan sekiranya terdapat pakaian-pakaian sebegitu, semuanya akan dipulangkan kepada pembekal.
facebook.comMydin Juga Telah Memberi Respon Kepada Isu Ini Di Laman Twitter Mereka
Produk seluar dalam tersebut difahamkan telah dikeluarkan daripada rak-rak jualan di seluruh Mydin.
facebook.com