seismik

Seminar "Kalimah Allah Dan Kristologi Nusantara" Di UiTM Cetus Kontroversi Di Laman Sosial

Lebih dari 1,000 pelajar hadir ke seminar "Kalimah Allah Dan Kristologi Nusantara" yang telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 6 Mei 2014.

Cover image via themalaymailonline.com

Pada 6 Mei 2014, Seminar Kalimah Allah Dan Kristologi Nusantara Telah Diadakan Di UiTM Shah Alam Dengan Tujuan Membincangkan Mengenai Isu Kalimah "Allah"

UiTM berkata, seminar itu dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman umat Islam mengenai isu kalimah Allah yang hangat dibahaskan.

informasi.my

Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Gambar sekadar hiasan.

Image via staticflickr.com

Penceramah termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Abdul Karim Omar serta penceramah dari Indonesia termasuk Masyud SM, Irena Handono, Menachem Ali dan Insan LS Mokoginta.

themalaysianinsider.com

Irena dan Insan adalah bekas paderi Katolik yang masing-masing memeluk Islam pada 1983 dan 1976.

themalaysianinsider.com

Namun, Seminar Tersebut Turut Memuatkan Satu Slot Berjudul Ancaman Kristianisasi

Image via akamaihd.net

Sebuah Buku Bertajuk "Pendedahan Agenda Kristian" Turut Diedar Kepada Lebih 1,000 Pelajar Yang Hadir Ke Seminar Tersebut

Buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang memberi amaran kepada umat Islam tentang ancaman Kristianisasi dan didakwa evangelis di kalangan umat Islam di Malaysia, diedarkan kepada lebih 1,000 pelajar yang mengikuti seminar mengenai penggunaan nama Allah dan Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada 6 Mei 2014.

themalaysianinsider.com

Ia memberi amaran kepada umat Islam untuk berhati-hati dengan helah Kristian untuk mempengaruhi umat Islam daripada kepercayaan mereka. Buku itu juga mendakwa sebab utama berlakunya murtad di kalangan umat Islam adalah kerana Kristianisasi.

informasi.my

Selain Itu, Sebuah Lagi Buku Bertajuk "Obligation To Preserve The Sanctity Of The Name Allah" Juga Diberikan Secara Percuma

Sementara itu, buku Kewajipan untuk mengekalkan Kesucian Nama Allah menjelaskan kepada umat Islam mengapa orang bukan Islam, khususnya orang Kristian, tidak boleh dibenarkan menggunakan perkataan Allah.

themalaysianinsider.com

Buku yang memberi penerangan mengenai penggunaan kalimah Allah.Ini adalah petunjuk kepada perebutan ke atas perkataan Arab – yang bermaksud Tuhan – antara gereja Katolik dan kerajaan persekutuan.

informasi.my

Dalam Seminar Tersebut, Penceramah Berpendapat Bahawa Kalimah "Allah" Hanya Layak Digunakan Oleh Orang Islam

Kalimah suci ALLAH layak digunakan oleh umat Islam sahaja berikutan ia sememangnya berasal dari kitab al-Quran dan tidak pernah disebut dalam Bible asli, kata ahli akademik Filologi Islam dan Pengajian Semitik Universiti Airlangga, Surabaya, Jawa Timur, Prof Dr Menachem Ali.

sinarharian.com.my

Prof Dr Menachem menjelaskan bahawa kajiannya juga menunjukkan teks asli New Testament bagi Bible tidak pernah menyebut kalimah Allah namun ia (Allah) hanya muncul bagi teks terjemahan yang maksudnya diragui berikutan terdapat pergeseran semantik bahasa dan makna mengikut tempat pada abad pertengahan dahulu.

bernama.com

Keimanan Orang Kristian Turut Dipertikai Dan Dianggap Sia-Sia Kerana Memuja Jesus Sebagai Tuhan

“Tetapi jika Jesus adalah Tuhan, mengapa dia memanggil “Eloi Eloi Lama sabachthani”? Beliau menyeru Tuhan jadi bagaimana dia sendiri boleh menjadi Tuhan,” katanya.

informasi.my

Beliau berkata, ini adalah merupakan sebahagian daripada agama Kristian dan mendakwa iman mereka adalah sia-sia kerana persoalan ini.

themalaysianinsider.com

Ternyata, Seminar Ini Telah Mencetus Kontroversi Serta Membangkitkan Perbualan Hangat Di Kalangan Netizen Di Laman Sosial

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Ada Yang Berpendapat Seminar Seperti Ini Bersifat Berat Sebelah Dan Tak Mungkin Orang Kristian Boleh Mengadakan Seminar Mengenai Agama Islam

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Segelintir Netizen Merasakan Adalah Lebih Baik Untuk Mengadakan Seminar Pemantapan Rohani Umat Islam, Bukan Seminar Mencanang Agama Lain

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Netizen Turut Meluahkan Rasa Kesal Dengan Isu Penindasan Antara Satu Agama Dengan Agama Lain Yang Semakin Menular Dalam Kehidupan Masyarakat

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Apa Pula Kata Anda?

BACA SINI Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Mengenai Seminar "Kalimah Allah Dan Kristologi Nusantara":

You may be interested in: