Semua Calon SPM 10A Secara Automatik Ditawarkan Ke Matrikulasi – KPM

Difahamkan, kuota kemasukan 90% bumiputera tidak akan terjejas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Flickr & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan (KPM) bakal menawarkan kemasukan secara automatik kepada semua calon SPM yang memperoleh 10A

Tawaran ini telah diberikan kepada semua 6,717 calon yang memperoleh 10A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 untuk masuk ke Program Matrikulasi bagi Sesi 2026/2027.

Menurut KPM, kuota kemasukan 90% Bumiputera ke program matrikulasi kekal dan tidak akan terjejas.

Tawaran secara automatik kepada semua calon yang telah mohon

Sama seperti tahun lepas, lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang ke Matrikulasi.

Menurut laporan dari Berita Harian, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, juga mengesyorkan semua pelajar cemerlang SPM 10A wajar diberikan penempatan secara automatik.

SAYS.com
Image via NSTP / Ghazali Kori

Menurut beliau, pengiktirafan kecemerlangan akademik ini adalah langkah untuk memastikan akses pendidikan adil kepada pelajar berprestasi tinggi.

Sebelum ini seramai 13,779 calon SPM 2025 telah memperoleh keputusan cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Kolej Matrikulasi setakat ini mempunyai 17 institusi di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: