seismik

Seorang Lagi Jemaah Haji Meninggal Dunia Dalam Pesawat Dalam Masa Seminggu

Dua kes kematian jemaah haji dicatat pada 9 Mei dan juga 16 Mei, kedua-duanya ketika dalam perjalanan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Cover image via indo-aviation.com

Pada 16 Mei 2014, Seorang Wanita Berusia 89 Tahun Meninggal Dunia Dalam Pesawat Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Kuala Lumpur Dari Jeddah

Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga pada 16 Mei 2014.

Image via merdeka-online.com

Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga pada 16 Mei 2014.

astroawani.com

Wanita itu dikatakan mengalami sesak nafas dalam penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur, sebelum disahkan meninggal dunia.

kosmo.com.my

Wanita Warga Emas Itu Bagaimanapun Tidak Mengalami Sebarang Jangkitan MERS-CoV Dari Timur Tengah Sebaliknya Menghidap Pneumonia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan awal bedah siasat bagaimanapun mendapati wanita berusia 89 tahun itu negatif jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), namun menghidap pneumonia.

bharian.com.my

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via kosmo.com.my

Jelasnya, jemaah itu mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas selama tiga hari, ketika berada di tanah suci dan tidak pernah mendapatkan rawatan ketika berada di sana.

therakyatpost.com

“Anggota keluarga juga memaklumkan, beliau merupakan penghidap asma, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung serta dalam rawatan sebelum mengerjakan umrah,” katanya dalam satu kenyataan.

therakyatpost.com

Sebagai Langkah Pencegahan, Semua 107 Penumpang Dan 12 Anak Kapal Yang Menaiki Pesawat Tersebut Telah Menjalani Ujian Saringan MERS-CoV

Saringan demam telah dilakukan ke atas semua 107 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat yang sama.

astroawani.com

Saringan demam telah dilakukan ke atas semua 107 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat yang sama. Gambar sekadar hiasan.

Image via melvister.com

Tiga daripada mereka mengalami demam ringan, manakala seorang lagi batuk.

therakyatpost.com

Keempat-empatnya diberi rawatan simptomatik, selain dinasihati mendapatkan rawatan susulan, jika tidak sembuh dalam tempoh 14 hari dari tarikh ketibaan.

bharian.com.my

Kematian Ini Merupakan Yang Kedua Melibatkan Jemaah Pulang Dari Jeddah Dalam Masa Seminggu

Jenazah juga telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan sampel telah dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh untuk menentukan penyebab kematian.

astroawani.com

Ini merupakan kematian yang kedua melibatkan jemaah Umrah di atas pesawat pada tahun ini.

astroawani.com

Pada 9 Mei Lalu, Seorang Penumpang AirAsia X Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Dari Jeddah Ke Kuala Lumpur