seismik

Serupa Tapi Tak Sama: Mana Satu Nora Danish Dan Nazira Nazrin?

Ramai orang kata Nazira Nazrin mirip Nora Danish. Tak percaya? Cuba lihat 8 gambar ini.

Cover image via SAYS

Perkenalkan ini Nora Danish, antara pelakon popular dan paling comel di Malaysia

Dan ini pula Nazira Nazrin, seorang pengguna Instagram yang secara tiba-tiba menjadi sebutan kerana wajahnya mirip Nora Danish

Persoalannya, sama tak muka Nazira Nazrin dengan Nora Danish?

Image via SAYS

Okay mungkin tak nampak sangat kerana Nora Danish tidak bertudung dalam gambar di atas. Kalau gambar ini?

Terbeliak mata!

Image via SAYS

Sama kan? Kalau orang kata mereka berdua ini adik beradik pun kami percaya. Soalan kami yang selanjutnya ialah...

Yang mana satu Nora Danish, kiri atau kanan?

Boleh teka?

Image via SAYS

Dan yang mana satu Nazira Nazrin, kanan atau kiri?

Susah tak?

Image via SAYS

Wajah mereka yang sangat seiras boleh mengelirukan kalau sekali imbas

Image via SAYS

Gaya, struktur muka, warna kulit memang sama 90%. Kalau berbeza pun mungkin kerana Nazira Nazrin nampak lebih pemalu dan Nora Danish lebih daring.

Selain daripada menjadi pelakon, Nora Danish kini memiliki sebuah kafe XOXO di Bangsar. Dengarnya, makanan di situ boleh tahan sedap.

Image via utusan.com.my

Manakala Nazira pula sedang menuntut dalam bidang Sains Komputer. Nanti dah jadi graduan, kalau tak jadi programmer, mesti jadi hacker ni kan?

Bayangkan Nazira jadi hacker.

Image via Instagram Nazira Nazrin

Umum telah mengetahui yang Nora Danish telah berpunya dan sedang hangat bercinta dengan Nedim Tan Sri Nazri Aziz, atau lebih dikenali sebagai @bossned_ di Instagram

Bagaimana dengan Nazira? Maaf jejaka-jejaka semua, Nazira sudah pun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.

Menangis abang-abang kacak dan abang-abang sado di luar sana bila tengok gambar ni.

Image via Instagram Nazira Nazrin

Okay, okay, soalan terakhir. Cuba teka, ini Nora Danish ke Nazira Nazrin?

Hint: Dia bukan pelakon.

Image via imgur.com

Kalau nak pinang Nora Danish atau Nazira Nazrin, kenalah mula menabung dari sekarang:

You may be interested in:

Leave a comment