seismik
16 Tata Tertib Dan Adab Sopan Di Meja Makan Yang Ibu Saya Ajar
Ia memang nampak mudah tetapi saya percaya ada beberapa perkara yang anda masih lagi tidak tahu mengenainya.
Cover image via
virtualtourist.com
Seorang ibu pasti inginkan anaknya berperilaku baik dalam apa jua keadaan termasuk ketika berada di meja makan. Tetapi, masih ramai yang tidak tahu apakah cara atau langkah yang perlu dipatuhi.
Image via rimadania.blogspot.com
Berikut adalah 16 senarai adab sopan di meja makan yang ibu saya ajar yang ingin saya kongsikan kepada anda semua:
1. Berdoa. Mana-mana agama dan kepercayaan sekali pun menggalakkan pengikutnya untuk memulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu.
Image via nomor2.blogspot.com
2. Setiap butir beras adalah berharga. Oleh itu, anda perlu menghabiskan kesemuanya atau membersihkan sisa-sisa nasi di tempat anda selepas selesai makan.
Image via sariyusa.blogspot.com
3. Ambil setiap ketulan kecil untuk disuapkan ke dalam mulut dan elakkan mengunyah dan bercakap pada masa yang sama
Image via www.pendapatanda.com
4. Jika terdapat dua orang ingin mengambil hidangan yang sama serentak, berikan penghormatan kepada golongan yang lebih dewasa dahulu
Image via www.jaakechik.com
5. Tulang, kulit dan sisa-sisa yang tidak boleh dimakan boleh diasingkan ke piring khusus yang disediakan. Jika tidak, letakkannya di tepi pinggan. Dilarang sesekali meletakkannya di atas meja.
Image via shw.princessluves.fotopages.com
6. Tahukah anda, apabila anda minum dan makan pada masa yang sama, nutrien dalam badan tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh badan? Oleh itu, selesaikan dahulu hidangan anda dan barulah minum air.
Image via www.flickr.com
7. Dilarang sama sekali mencucukkan chopstick di tengah-tengah nasi, memindahkan makanan dari satu chopstick ke chopstick yang lain, dan membuat 'cross' menggunakan chopstick. Semua ini adalah simbolik kepada acara pengkebumian.
Image via senshu-u.ac.jp
8. Setiap hidangan yang disertakan dengan sos juga perlu diberi perhatian. Dilarang mencelup semula bahagian makanan yang telah anda gigit ke dalam sos. Melainkan jika anda tidak berkongsi hidangan sos tersebut dengan orang lain.
Image via selera4u.blogspot.com
9. Hidangan daun pisang turut tidak terkecuali. Setelah selesai makan, sentiasa lipatkan bahagian atas daun pisang ke sisi daun yang lebih rendah, bukan sebaliknya.
Image via wikihow.com
10. Jika anda perlu menggunakan cungkil gigi, gunakannya sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan. Jangan biarkan gigi anda terdedah kepada orang di sekeliling.
Image via bonniewanderlust.blogspot.com
11. Kepingan makanan terakhir di dalam pinggan tidak sepatutnya dihabiskan begitu sahaja. Lebih elok jika anda letakkan kepingan kedua terakhir semula ke dalam pinggan, kemudian habiskan kedua-dua kepingan terakhir serentak.
Image via asset-cache.net
Kenapa peraturan ini diwujudkan? Orang-orang tua zaman dahula percaya bahawa individu yang mengambil kepingan terakhir makanan dalam pinggan akan didapati sukar untuk menemui jodoh.
Sekarang ini, mari kita lihat langkah yang betul serta maksud disebalik penyusunan sudu dan garfu selepas (dan ketika) menikmati juadah:
12. Untuk berhenti seketika, letakkan sudu dan garfu seperti dalam gambar di bawah
Image via SAYS.com
13. Susunan di bawah ini pula menandakan bahawa hidangan anda telah habis dan anda tidak lagi mahu menambah apa-apa makanan
Image via SAYS.com
14. Bagaimana pula jika anda dihidangkan dengan '5-course meal'? Mudah saja. Susunkan sudu dan garfu berbentuk 't' bagi menandakan anda bersedia menerima hidangan seterusnya.
Image via SAYS.com
15. Jika anda sangat berpuas hati dengan hidangan, susunan di bawah ini memberi maksud tersebut
Image via SAYS.com
16. Dan apabila sesuatu hidangan itu tidak memuaskan, selitkan sudu (atau pisau) di celah garfu dan letakkannya pada susunan seperti dalam gambar di bawah
Image via SAYS.com