seismik

[SHARE] Kisah Pilu Raja Shamri Ini Mengingatkan Kita Tentang Kasih Seorang Bapa

Hargailah bapa anda selagi mereka masih bernafas. Usah sia-siakan hidup mereka wahai anak.

Cover image via Facebook Raja Shamri

Insan kurang upaya, Raja Shamri yang dilahirkan tanpa sebelah kaki telah banyak memberi inspirasi kepada orang ramai. Biarpun dilahirkan cacat, ianya bukanlah penghalang untuk beliau mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam hidupnya.

Image via rajashamri.com

Ikuti luahan hati Raja Shamri yang dikongsikan beliau di Facebook semalam:

19 Januari 2015 menandakan genap tiga tahun bapa kepada Raja Shamri meninggal dunia. Sempena memperingati bapanya, beliau menulis sebuah kisah pilu di Facebook menceritakan detik-detik akhir bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kisah ini bermula apabila bapanya mengalami sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan. Hasil pemeriksaan doktor, paru-paru bapanya hanya berfungsi sebanyak 20% sahaja kerana sel kanser sudah mula merebak.

Keesokan harinya, bapanya didapati semakin lemah. Walaupun tampak seperti tiada harapan lagi untuk hidup, beliau tetap berikhtiar untuk menyembuhkan bapanya dengan membeli sejenis vitamin B17 dari Mexico. Beliau hanya ingin memberikan yang terbaik.

Selepas vitamin B17 itu disuntik ke dalam badan, bapanya menunjukkan tanda-tanda positif dan sedikit bertenaga. Namun begitu, harapan untuk sembuh kembali meleset apabila bapanya menjadi semakin tidak bermaya. Bapanya juga tidak boleh makan disebabkan keputihan yang tumbuh di dalam mulut.

Sehari sebelum meninggal dunia, bapanya sempat berbisik pada telinganya dengan berkata, "Maafkan abah. Abang jaga mak ya." dan "Abah sayang abang. Terima kasih." Jujurnya, agak sukar bagi seorang anak untuk mendengar rintihan dari seorang ayah seperti itu.

Akhirnya, bapanya menghembuskan nafas terakhir sejurus selesai solat berjemaah dan bacaan surah Yasin. Lebih menyedihkan, bapanya meninggal dunia di dalam pelukan beliau pada malam Jumaat. Ahli keluarganya semua menangis waktu itu.

Menurut Raja Shamri, bapanya tidak pernah malu untuk mengaku mempunyai anak yang cacat, malah menerima beliau seadanya. Pengorbanan bapanya selama inilah yang telah menjadikan siapa dirinya sekarang. "Al-Fatihah untuk abah," Raja Shamri mengakhiri tulisan.

Status penuh Raja Shamri boleh dirujuk di sini.

Baca juga kisah pemuzik buta, Caliph Buskers yang menggegarkan industri hiburan tanah air hanya di SAYS:

You may be interested in: