Ramai Lelaki Tahu Pakai Suit Tapi Tidak Tahu 14 Peraturan Ini
Wahai sang pria pujaan wanita di luar sana, tahukah anda tentang 14 peraturan pemakaian suit ini? Pasti ramai yang tidak tahu bukan?
Setiap lelaki sememangnya mengimpikan untuk memakai sepasang suit. Tidak dinafikan, suit mampu meningkatkan imej dan penampilan seseorang ke satu tahap yang lebih tinggi.
Tetapi, pemakaian suit ini turut datang dengan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Kami di SAYS menyenaraikan 14 peraturan penting yang setiap lelaki perlu tahu. Selamat menimba ilmu!
1. Suit yang dipakai mesti mengikut potongan dan ukuran badan anda
Salah satu peraturan yang paling penting dalam memakai suit ialah memastikan suit mengikuti potongan badan anda. Ini juga merupakan perkara pertama yang perlu ada dalam fikiran anda sebelum membeli suit. Jadi, anda dinasihatkan untuk tidak membeli suit yang digantung di rak-rak kedai sebaliknya menempah mengikut ukuran badan. Walaupun mahal sedikit, ia sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.
3. Pastikan stokin anda cukup panjang sehingga tidak mendedahkan bahagian kulit kaki ketika duduk
4. Lebar tali leher anda harus sama dengan lebar 'lapel' (atau kolar) pada jaket
5. Tali leher selalunya perlu lebih gelap daripada baju kemeja anda yang dipakai di dalam
6. Tali leher yang dipakai juga perlu pendek sedikit dan tidak melepasi pinggang seluar anda
7. 'Pocket square' menggilapkan lagi penampilan seseorang yang memakai suit, tetapi pastikan ia tidak sepadan dengan tali leher anda sama ada dari segi corak atau pilihan kain
8. Sentiasa membuka butang jaket anda sebelum duduk, atau anda berisiko merosakkannya
9. Pastikan tangan anda boleh diselitkan di antara bahagian dada dan jaket yang dibutang
Pastikan ada ruang yang cukup dalam jaket, dinasihatkan sebesar satu genggam tangan anda. Lebih daripada satu genggam adalah tidak digalakkan dan sekiranya kurang daripada itu bermakna jaket anda terlalu ketat.
10. Jika anda memakai 'vest', butang paling bawah perlu sentiasa dibuka dan tidak dikancing
11. 'Cuffs' pada lengan perlu didedahkan kira-kira setengah inci daripada jaket
Panjang lengan jaket hendaklah tidak lebih dari pangkal ibu jari anda. Untuk memberikan penjelasan yang lebih tepat, lengan jaket harus mendedahkan kira-kira setengah inci lengan baju kemeja anda yang dipakai di dalam.