seismik

[SHARE] Rumah Sementara Ini Memang 'Genius' Dan Boleh Diguna Untuk Bantu Mangsa Banjir

Inovasi yang bijak dan kreatif daripada beberapa individu dapat menjadikan pembinaan perumahan sementara untuk mangsa bencana alam lebih mudah dan praktikal.

Cover image via shigerubanarchitects.com

Seperti sedia maklum, negeri-negeri di Pantai Timur telah dilanda banjir paling teruk dalam sejarah negara. Kesannya, ramai penduduk yang kehilangan tempat berteduh akibat rumah hancur musnah.

Susulan daripada itu, kerajaan menganggarkan kos yang agak besar bagi projek pemulihan kawasan-kawasan yang terjejas, termasuk membina perumahan sementara bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejadian banjir kali ini luar biasa dan dahsyat berikutan kerosakan serius pada harta benda mangsa terlibat di beberapa negeri terutama Kelantan dan Terengganu.

Katanya, skala kerosakan dan kemusnahan harta benda termasuk kemudahan asas amat serius yang akan melibatkan kos baik pulih yang tinggi.

"Skala kerosakan dan kemusnahan kali ini adalah sangat dahsyat, sangat serius dan kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar. Ini tidak termasuk perbelanjaan tanggungan kerajaan dari segi baik pulih kemudahan asas seperti sekolah, jalan raya, masjid dan sebagainya," katanya.

sinarharian.com.my

Mungkin kerajaan boleh menjadikan beberapa cadangan di bawah sebagai rujukan bagi membina penempatan sementara untuk mereka yang kini tinggal sehelai sepinggang. Lihat senarai penuh:

1. BiniShelter: Kediaman segera bersifat 'pop-up'

Perumahan bencana perlu kos rendah, mudah alih dan mudah untuk didirikan - dan semua kualiti itu terdapat pada 'BiniShelter', yang menyerupai kediaman seperti sebuah rumah tetapi hanya dipasang dalam masa 30 minit sahaja.

Direka oleh Dante Bini, rumah yang boleh diperbuat daripada apa sahaja bahan-bahan yang ada, boleh disesuaikan ke dalam struktur yang lebih besar seperti sekolah, malah boleh terapung atas air ketika banjir.

Maklumat lanjut di sini.

Image via momtastic.com

2. Shipping container: Kontena terpakai dijadikan rumah

Ambil sahaja contoh seperti Negara Matahari Terbit, Jepun. Sebuah firma binaan, Shigeru Ban Architects melakukan satu jalan penyelesaian mudah bagi menempatkan mangsa-mangsa Tsunami yang melanda negara itu pada tahun 2011. Mereka membina penempatan sementara menggunakan kontena terpakai dan dihiaskan dengan binaan perabot yang kemas dan praktikal.

Lihat sahaja bahagian dalaman kontena ini. Cantik bukan? Perumahan ini dipanggil dengan nama Onagawa Container Temporary Housing 2011. Dan sehingga kini, masih ada keluarga yang tinggal di dalam rumah kontena ini.

Maklumat lanjut di sini.

3. Superadobe: Rumah timbunan beg pasir

"Bagi membina struktur kecemasan mudah dan selamat di belakang rumah kami, untuk memberikan kita keselamatan maksimum dengan kesan alam sekitar paling minimum, kita perlu memilih bahan-bahan semula jadi, serta membinanya dengan bahan minimum untuk mewujudkan ruang maksimum, sama seperti sarang lebah atau cangkerang laut," kata Nader Khalili, pencipta rumah Superabode ini yang telah berkembang menjadi perumahan kos rendah dan mesra alam.

Maklumat lanjut di sini.

Image via indiatimes.com
Image via thepoosh.org

4. Exo Reaction Housing: Rumah berbentuk cawan pelbagai konfigurasi

Diilhamkan oleh Michael McDaniel, Exo Reaction Housing Solution terlaksana atas usaha penyelidikan bertahun-tahun. Akibat terlalu banyak bencana alam di Amerika dan selepas melihat statistik 42 juta orang tidak mempunyai tempat berteduh disebabkannya pada tahun 2010 sahaja, McDaniel berhasrat untuk melakukan sesuatu demi masa depan orang-orang yang terjejas ini.

Rumah sementara ini dikatakan begitu ringan sehingga boleh diangkat dengan tangan, malah boleh menempatkan empat orang di dalam satu unit. Lebih menarik, rumah ini juga boleh disambung-sambung antara satu unit dengan unit yang lain bagi mendapatkan kawasan yang lebih besar. Bentuknya yang seperti "cawan terbalik" pula dapat memudahkan kerja pemindahan kerana ia boleh ditangkup bertingkat-tingkat dalam satu masa.

Maklumat lanjut di sini.

Image via inhabitat.com
Image via squarespace.com
Image via indiegogo.com

5. Accordion-Like ReCover Shelter: Mudah didirikan dengan hanya satu orang

Kukuh, murah dan mempunyai reka bentuk menarik, akordion-pulih seperti Shelter dengan Mathew Malone diperbuat daripada bahan polypropylene kitar semula yang dilipat dan disusun untuk memudahkan pengangkutan. Ianya sangat cepat dan mudah untuk didirikan oleh hanya satu orang. Konsepnya lebih kurang sama dengan khemah di mana ia boleh diikat di tanah untuk melindungi dari angin dan hanya zipkan kepada unit tambahan untuk membentuk struktur yang lebih besar sekiranya diperlukan.

Maklumat lanjut di sini.

Image via fastcompany.net
Image via yankodesign.com

Ada lagi penempatan sementara yang boleh dipertimbangkan? Kongsikan idea anda kepada kami di Facebook dan Twitter.

Lihat sendiri bagaimana teruknya kesan banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur hanya di SAYS!

You may be interested in: