[SHARE] Sedih Bila Orang Tak Hormat Lagu "Negaraku" Tapi Lagi Sedih Bila Baca Komen
Laman sosial dibanjiri dengan komen berbaur perkauman, politik, kebencian, caci-makian, mencari kesalahan dan macam-macam lagi perkara negatif.
Seperti Sedia Maklum, Penonton Wayang Perlu Berdiri Bagi Menghormati Lagu Negaraku Yang Berkumandang Di 70 Pawagam Seluruh Negara Bermula 30 Ogos Hingga 16 September 2014 Sempena Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia
Berdasarkan Pemerhatian Orang Ramai, Masih Ada Rakyat Malaysia Yang Berdegil Dan Enggan Berdiri Sepanjang Lagu Negaraku Dimainkan. Hal Ini Telah Dihebahkan Di Laman Sosial Untuk Tatapan Umum.
Apabila Hal Seperti Ini Terjadi, Orang Ramai Menjadikan Laman Sosial Sebagai Medan Untuk Meluahkan Pendapat. Majoriti Netizen Mencemuh Dan Tidak Setuju Terhadap Kelakuan Biadap Sesetengah Individu Itu.
Tetapi Yang Menyedihkan Apabila Orang Ramai Memberikan Komen Berbaur Perkauman, Politik, Kebencian, Tuduh-Menuduh Dan Pelbagai Lagi Perkara Yang Negatif Yang Kebanyakannya Hanya Dituju Kepada Kaum Cina
Persoalannya, Perlukah Menuduh Kaum Cina Biadap? Ramai Orang Bangkit Mempertahankan Maruah Kaum Cina Kerana Realitinya, Bukan Semua Orang Yang Biadap Tergolong Dalam Kalangan Orang Cina.
Apa Pula Reaksi Orang Luar Berkenaan Lagu Negaraku Berkumandang Di Dalam Panggung Wayang? Adakah Mereka Turut Berdiri Menghormati Lagu Kebangsaan Malaysia?
Meskipun Begitu, Masih Ramai Yang Bertindak Rasional Dengan Memberikan Komen Yang Bernas Dan Berilmu. Sepatutnya, Memang Ini Yang Semua Rakyat Malaysia Mahukan.
Dalam Pada Itu, Ada Pula Segelintir Umat Islam Yang Hairan Mengapa Isu Tidak Menghormati Lagu Kebangsaan Perlu Digembar-Gemburkan Sedangkan Laungan Azan Yang Lebih Penting Juga Tidak Dihormati
Selain Itu, Ada Juga Individu Yang Memberikan Komen Yang Kurang Bijak. Tidak Salah Untuk Tidak Setuju Tapi Perlukah Pamerkan Komen Yang Sebegini?
Melihatkan Pada Isu Ini, Mungkin Betul Juga Apa Yang Dikatakan Oleh Tan Sri Zaman Khan, Bekas Ketua Polis Negara. Beliau Menyifatkan Malaysia Sebagai Sebuah Negara Berbilang Kaum Yang Gagal Mencapai Perpaduan.
Tan Sri Zaman Khan melihat Malaysia gagal sebagai negara berbilang kaum walaupun selepas 57 tahun Merdeka dan 51 penubuhan Malaysia. Zaman yang pernah menjawat jawatan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, generasi sekarang tidak lagi menghayati makna sebenar kemerdekaan.
themalaysianinsider.com“Bagi saya, sungguhpun kita sudah 57 tahun Merdeka, dengan lantang saya katakan harapan dan impian kita untuk menjadi sebuah negara berbilang kaum tidak tercapai. Generasi muda terlupa apa yang dilalui negara kita termasuk orang Melayu sebelum kita Merdeka dulu,” katanya.
informasi.myZaman Khan Yang Pernah Berkhidmat Di Bawah Empat Perdana Menteri Berbeza Berkata, Kempen Dan Sambutan Kemerdekaan Setiap Tahun Kini Lebih Berunsurkan Politik Daripada Penyatuan Rakyat
Walaupun pelbagai kempen dan inisiatif diambil untuk menaikkan semangat serta memupuk perpaduan semasa bulan Kemerdekaan, beliau tidak merasakan matlamat tersebut berjaya dicapai.
themalaysianinsider.com“Kita ingat 57 tahun Merdeka dengan inisiatif dan kempen ini untuk tujuan bersatu padu dan sebagainya, tetapi saya perhatikan kita tidak berjaya mencapai matlamat itu."
informasi.my“Sungguhpun ramai orang menghadiri sambutan Kemerdekaan setiap tahun, saya dukacita kerana suasananya tidak sama. Sekarang lebih kepada politik, buat pentas dan bendera sebagainya,” katanya lagi.
themalaysianinsider.comMenurut Beliau Juga, Punca Kepada Perkara Tersebut Berlaku Ialah Kerana Penekanan Ilmu Sejarah Yang Lemah Di Kalangan Generasi Muda Dan Suasana Semasa Situasi Perkauman Yang Amat Teruk
“Silap kita kerana tidak memberikan penekanan kepada fakta sejarah, di sekolah sepatutnya pembelajaran sejarah ini dititikberatkan."
informasi.my“Kebelakangan ini, berdasarkan pemerhatian saya dalam media sosial, akhbar dan kenyataan ahli politik serta NGO, saya rasa rangka perkauman kita lagi teruk. Berbanding dulu, penyatuan antara kaum lebih kukuh dan bermakna,” katanya
themalaysianinsider.com