seismik

Selama Ini, 10 Perkara Inilah Yang Menjadikan Anda Tidak Bahagia. Perasan Tak?

Setiap orang di dunia ini pasti mahu rasakan kebahagiaan dalam hidup. Tapi apakah cara yang betul untuk mengecapinya?

Cover image via weheartit.com

Sebenarnya, hidup anda akan lebih bahagia jika anda elakkan 10 perkara ini. Mungkin anda tidak perasan tetapi perkara-perkara inilah yang sering kali mengganggu kehidupan anda. Jom tengok senarai di bawah:

1. Persoalkan niat seseorang

Image via photobucket.com

Semua orang boleh mencari sebab untuk tersinggung. Contohnya seperti apabila rakan anda tidak membalas mesej anda semula atau rakan sekerja anda pergi makan tengahari tanpa mengajak anda. Sekiranya situasi ini terjadi, maka terbitlah tanggapan buruk anda terhadap rakan-rakan anda itu. Anda melihatnya sebagai satu serangan peribadi terhadap diri anda, walaupun perkara itu sebenarnya terlalu remeh.

Orang yang bahagia tidak akan ada tanggapan buruk terhadap orang lain. Mereka tidak mempersoalkan niat seseorang itu dalam melakukan sesuatu sama ada secara sengaja atau tidak. Jadi tanya diri anda semula, adakah perlu untuk anda rasa tersinggung?

2. Hidup seperti dalam filem sendiri dengan skrip ditulis hanya untuk anda

Image via imgur.com

Anda adalah bintang filem anda sendiri. Anda lah yang menulis skrip, anda lah yang tahu bagaimana ia bermula dan anda juga tahu bagaimana anda mahu ia berakhir. Malangnya anda lupa untuk memberikan skrip kepada orang lain. Sekiranya ada aral melintang atau sesuatu terjadi tanpa kehendak, anda mulai gagal untuk menyusun semula plot filem anda kepada sesuatu yang baru. Filem anda musnah dan segalanya tersangkut di tengah jalan.

Ingatlah, kehidupan di dunia ini saling bergantungan. Anda tidak boleh hidup keseorangan dan menganggap seperti dunia ini anda yang punya. Oleh itu, kurangkan skrip anda, perbanyakkan karakter dan pelbagaikan susunan plot filem anda.

3. Selalu jangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku

Image via buzzfed.com

Biasanya, jika sesuatu yang tidak kena berlaku, apakah perkara pertama yang anda fikirkan? Kebanyakan orang akan menjangkakan perkara yang paling buruk dahulu untuk berlaku. Memang lumrah kehidupan manusia terlalu terarah kepada perkara negatif. Contoh paling mudah, jika teman lelaki/wanita anda tidak hubungi anda pada waktu yang telah ditetapkan, pasti fikiran anda hanya fokus kepada perkara negatif.

Pemikiran negatif hanya akan berkembang menjadi lebih negatif. Ia akan menarik anda kebawah jauh dari kebahagiaan yang anda impikan. Jika anda tanamkan baja toleransi ke dalam minda dan suburkan ia dengan sikap keterbukaan, maka akan lahirlah mentaliti positif yang sihat. Jadi sentiasalah bersangka baik dalam apa jua situasi yang anda hadapi.

4. Mempunyai harapan yang tidak realistik

Image via favim.com

Kita hidup dalam budaya yang sentiasa mensogok kita dengan mesej bahawa jika anda terlalu mahukan sesuatu, anda perlu bekerja keras dan berikan fokus kepada perkara tersebut sedalam-dalamnya, barulah impian anda akan menjadi kenyataan. Tetapi adakah falsafah itu boleh dipraktikkan oleh semua orang?

Daripada cuba untuk mencapai impian yang terlalu tinggi, lebih baik nilai semula impian anda itu dan gantikannya dengan cita-cita yang boleh dicapai dan pada masa yang sama, memberi makna yang serupa kepada anda. Ini kerana, harapan atau impian yang tidak dipenuhi akan menjadi akar dari sebahagian besar kesedihan dalam hidup anda.

5. Harapkan 'petanda dari langit' datang baru akan bertindak

Image via tumblr.com

Petanda, petanda dan petanda. Selagi tiada petanda, selagi itulah tak mahu bertindak. Jika tiada petanda sampai bila-bila, maka tersangkutlah di situ selamanya. Pernah jumpa orang yang macam ini? Individu yang memilih untuk bertindak hanya selepas mendapat 'petanda dari langit' ini sangat merugikan.

Jangan biarkan petanda mengawal hidup anda. Lakukan sesuatu dengan pantas. Usah berlengah lagi. Adalah lebih baik untuk membentuk nasib anda sendiri daripada dikawal oleh petanda. Namun begitu, jangan sesekali mengingkari takdir yang sudah ditentukan Tuhan. Tetapi walaupun Tuhan itu Maha Kuasa, ia tidak menghalang anda untuk mengejar cita-cita dan melakukan yang terbaik dalam hidup.

6. Takut untuk mengambil risiko

Image via tumblr.com

Hiduplah dengan berani. Ambil risiko dan cabar diri anda ke satu tahap yang lebih tinggi, yang tak pernah anda jangkakan anda mampu lakukan. Setiap kali anda ditawarkan dengan pilihan yang melibatkan risiko, jangan tolak.

Memang diakui anda akan kehilangan beberapa perkara dalam hidup anda. Tetapi percayalah, setiap perkara yang anda dapat selepas itu sebenarnya lebih berharga dan bermakna. Anda pasti berasa gembira setelah berjaya melakukannya.

7. Tak habis-habis membandingkan hidup anda dengan orang lain

Image via giphy.com

Ya, semua orang pun melakukan perkara ini dalam kehidupan masing-masing. Luahan 'common' seperti "Rupa saya tak secantik dia", "Kereta saya tak sehebat kereta dia," dan "Kenapa harta dia lagi banyak daripada saya?" memang sering kali ditemui. Pergilah ke mana-mana sekalipun, sikap suka banding-membanding ini amat sukar untuk dihapuskan.

Jadi, inilah masanya untuk anda belajar untuk bersyukur dan menghargai segala apa yang anda ada sekarang. Ingat, tidak semua orang di dunia ini yang bernasib baik seperti anda. Jika anda rasa harta anda tak banyak, ramai lagi orang di dunia yang tidak mempunyai harta. Jika anda rasa rupa anda tak cantik, bersyukurlah kerana anda dilahirkan sempurna. Oleh itu, lebihkan sifat kesyukuran dalam diri untuk menjadi lebih bahagia.

8. Mensia-siakan masa

Image via giphy.com

Bayangkan jika anda mempunyai wang tunai sebanyak satu juta ringgit di bawah tilam anda, apa anda akan buat untuk pastikan ia selamat? Anda pasti akan periksa bawah tilam anda itu dengan kerap semata-mata tidak mahu kehilangan wang tunai tersebut.

Tapi bagaimana pula dengan masa? Jika anda mempunyai banyak masa, adakah anda akan melindunginya sepertimana wang tunai satu juta ringgit tadi? Kebanyakan orang tidak ambil peduli langsung tentang masa, malah biarkan ia dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hidup hanya sekali. Henti menghabiskan masa anda dengan orang-orang negatif dan yang tidak menghargai anda. Jaga masa dengan baik dan berikan masa anda kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

9. Sukar untuk lupakan perkara yang lepas atau tak boleh 'move on'

Image via tumblr.com

Adakah anda perlu untuk memaafkan seseorang? Adakah anda perlu merujuk semula kepada hubungan yang gagal? Hidup ini sememangnya penuh dengan kerugian. Anda akan sentiasa mempunyai beberapa penyesalan terhadap sesuatu kehilangan. Kadang-kadang memang sukar untuk menemui 'closure' atau pengakhiran mutlak bagi sesuatu perkara. Anda tidak bersendirian. Carilah seseorang yang memahami anda dan luahkan kepadanya.

Tetapi, kebahagiaan tidak akan tercapai tanpa keperitan ini. Ia membantu anda menghargai dan menikmati setiap detik dalam kehidupan. Ia juga membantu anda berkembang menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan. Mulakan lembaran hidup baru dan pastikan muka surat seterusnya tidak diisi dengan penyesalan.

10. Sentiasa menerima dan tidak memberi

Image via smosh.com

Terdapat dua jenis manusia dalam dunia ini iaitu pemberi dan penerima. Yang mana satukah anda? Elakkan diri anda daripada selalu menjadi penerima. Salah satu cara untuk menangani kerugian adalah dengan berbuat baik. Dekatkan diri anda dengan kehidupan di sekeliling dan libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Jadilah seorang pemberi yang setia. Pemberian tidak semestinya besar. Cukup sekadar melakarkan senyuman di bibir, melafazkan perkataan yang baik, mengunjungi rakan yang bersendirian, menjadi pendorong dan pemberi semangat dan macam-macam lagi. Sikap pemurah akan menjadikan hidup anda lebih bahagia dan bermakna.

JUGA DI SAYS: [SHARE] 16 Tata Tertib Dan Adab Sopan Di Meja Makan Yang Ibu Saya Ajar

You may be interested in: