seismik

[SHARE] Zirafah Berenang Dan 12 Lagi Fakta Yang Macam Tak Logik Tapi Benar

Fakta-fakta ini pasti akan membuat anda garu kepala kehairanan.

Cover image via makeameme.org

1. Kismis akan naik dan turun di dalam gelas berisi champagne dari atas ke bawah secara berterusan

Pergerakan ini adalah disebabkan oleh kandungan karbon dioksida yang larut dalam cecair. Gelembung CO2 berpaut pada permukaan kismis. Kedutan dan lipatan pada kismis membolehkan gelembung karbon dioksida untuk berpaut lalu menghasilkan buih pada permukaan kismis. Kemudian, buih-buih yang berpaut itu bertindak mengangkat kismis ke atas. Ketika berada di atas, gelembung CO2 tadi akan dibebaskan ke udara, menyebabkan kismis itu untuk tenggelam semula ke bawah permukaan gelas. Maka, proses ini akan berterusan selagi karbon dioksida wujud di persekitaran.

2. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321

3. Australia mempunyai kira-kira 10,000 pantai. Ini bermakna, jika anda melawat pantai baru setiap hari, anda memerlukan sekitar 27 tahun untuk melawat kesemuanya!

Image via worldccp.com

4. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang pernah melihat zirafah berenang

Image via giphy.com

Biasanya, haiwan yang besar adalah perenang yang baik. Namun begitu, ramai yang menganggap zirafah tidak boleh berenang. Terdapat sebuah kajian terbaru yang menguji teori ini dengan menggunakan zirafah 'digital' dan bukan yang sebenar. Walaupun tiada seorang pun yang pernah melihat zirafah berenang, keputusan kajian itu menunjukkan zirafah sebenarnya boleh berenang tetapi tidak sebaik seperti binatang lain.

5. Anda tak boleh 'block' Mark Zuckerberg di Facebook

Image via wired.com

Ya, anda memang tak akan boleh.

6. Dalam usaha mendapatkan satu bilion Ringgit dalam masa setahun, anda perlu membuat RM31.80 setiap saat

Image via bloomberg.com

Ini bermakna RM1,908 dalam masa seminit, RM114,480 dalam masa sejam dan RM2,747,520 dalam masa sehari! Jumlah yang terkumpul selama 365 hari ialah RM1,002,844,800.

7. Tikus boleh bertahan lebih lama tanpa air berbanding unta

Image via static6.com

Tikus mampu untuk terus hidup di padang pasir dengan hampir tiada air minuman. Bagaimana? Buah pinggang tikus menghasilkan air kencing yang paling pekat dalam semua mamalia, dan hanya kehilangan beberapa titik sehari. Manusia minum banyak air, dan juga mendapatkan kelembapan melalui makanan. Oleh itu, air kencing kita agak cair. Tikus pula mengambil air dalam kuantiti yang sangat sedikit dan menghasilkan air kencing yang lebih pekat berbanding dengan unta. Ini bermakna tikus kehilangan hanya sedikit air dalam air kencing.

8. 'King of Hearts' adalah satu-satunya raja tanpa misai pada kad poker

Image via pixabay.com

9. Jika anda 'search' perkataan "askew" di google, halaman carian akan serong sedikit ke kanan. Cuba try!

Image via SAYS.com

10. Penyu boleh bernafas melalui punggung

Image via tumblr.com

Teknik ini dikenali sebagai 'cloacal breathing'. Penyu melakukan teknik ini dengan menarik air masuk melalui laluan punggung. Ketika ini, pertukaran gas berlaku dan oksigen dalam air akan diekstrak dan diserap terus ke dalam aliran darah melalui lapisan yang ada pada punggung mereka, bukan melalui laluan paru-paru yang biasa. Proses ini membolehkan penyu untuk kekal di bawah air dengan lebih lama.

11. Penghalau nyamuk sebenarnya tidak membunuh nyamuk. Ia hanya bertindak mengelakkan anda daripada dikesan nyamuk.

Penghalau nyamuk biasanya menjadikan anda 'invisible' atau hilang dari pandangan nyamuk dengan mengelakkan bau badan anda dikesan. Penggunaan bahan kimia dalam racun serangga mengeluarkan bau yang sangat tidak menarik kepada nyamuk, yang akan menyebabkan nyamuk untuk lari. Walau bagaimanapun, fakta ini hanya benar untuk penghalau cecair yang digunakan pada kulit anda. Penghalau lain seperti gegelung benar-benar mengeluarkan bau yang membuatkan nyamuk pergi.

12. Shakira pernah ditolak memasuki koir sekolah kerana guru muziknya menyamakan suaranya dengan bunyi kambing

Image via tumblr.com

Shakira juga mengakui sebelum ini dia bukanlah gadis berambut perang yang popular seperti sekarang. Menurutnya, beliau adalah seorang gadis rambut hitam yang gemuk di sekolah dan berpakaian seperti 'Goth'.

13. Bau coklat mampu menjadikan seseorang lebih tenang

Image via giphy.com

Bau coklat meningkatkan gelombang otak theta, yang meransang ketenangan.

JUGA DI SAYS: [SHARE] Agama Vs Adat: Perkara Apa Yang Tak Perlu Sebenarnya Dalam Perkahwinan?

You may be interested in: