[SHARE] Macam Mana Orang Islam Tunaikan Solat Di Angkasa?
Pernah terfikir?
"Macam mana nak solat di angkasa lepas?"
Pastinya ada di antara kita yang tertanya-tanya dan mempunyai soalan yang sama seperti di atas. Mungkin soalan ini sudah lama bermain di fikiran tetapi tidak pula kita jumpa jawapannya, sehingga sekarang.
Orang Islam perlu menunaikan solat dengan menghadap kiblat atau Kaabah yang terletak di Mekah sebanyak 5 kali sehari
Tapi, macam mana nak menunaikan solat pada graviti sifar, di mana seseorang akan sentiasa berkelana dan 'terbang' di angkasa?
Bukankah mustahil untuk menghadap Kaabah?
Di angkasa juga, satu hari hanya bertahan selama satu jam setengah sahaja, bukan 24 jam.
Jadi, macam mana?
Pada tahun 2007, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama berlepas ke angkasa
Sebagai seorang Muslim, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak boleh mengabaikan tanggungjawab hariannya iaitu solat. Namun, pasti sukar baginya untuk menunaikan solat di angkasa dengan graviti sifar.
Sebelum beliau berlepas, seramai 150 saintis, pakar, dan ilmuwan Islam berkumpul bagi merungkai masalah ini serta mencari jalan penyelesaian. Walaupun tampak mustahil, pasti ada cara bagaimana seorang Muslim boleh menunaikan solat di angkasa lepas.
1. Angkasawan tidak perlu meniru bulat-bulat gaya solat berdiri, terutamanya ketika rukuk dan sujud
Cukup sekadar mencuba yang terbaik dan mempunyai niat untuk meniru gaya rukuk dan sujud seperti solat biasa. Tetapi, takbir dan bacaan Al Fatihah tetap wajib untuk dilakukan.
2. Menghadap Kaabah hanya pada permulaan solat ketika angkat takbir sahaja
Sememangnya, agak mustahil bagi angkasawan untuk berada pada satu posisi tetap ketika berada di atas sana. Jadi, mustahil juga untuk menghadap kiblat sepanjang solat didirikan.