seismik

Peminat China Menghentam Shila Amzah Gara-Gara Tragedi MH370

Warga China yang terkesan dengan peristiwa MH370 bukan saja menghentam kerajaan Malaysia, Malaysia Airlines dan rakyat Malaysia, malah penyanyi Shila Amzah turut menerima tempias.

Cover image via rotikaya.com

Malang Buat Shila Amzah Apabila Turut Terkena Tempias Hentaman Warga China Berkaitan Kes MH370

Image via tambahkicap.com

Tidak disangka-sangka penyanyi berbakat besar kelahiran Malaysia yang semakin mencipta nama di sana iaitu Shila Amzah turut terkena tempias warga China apabila peminat-peminatnya turut mengaitkannya dengan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines itu.

mynewshub.my

Status terbaru yang dikemaskini oleh Shila di sebuah laman media sosial utama China iaitu Sina Weibo penuh dengan komen-komen negatif.

beautifulnara.com

Laman Weibo milik Shila Amzah.

Image via imgur.com

Ada yang menghina, ada yang memaki, bahkan ada juga yang menghalau Shila dari bertanding dalam program I Am A Singer. Seolah-oleh mencari peluang untuk melepaskan kemarahan, orang yang tidak kena-mengena pula menjadi mangsa.

beautifulnara.com

Namun Begitu, Masih Ada Peminat China Yang Mempertahankan Shila

Image via ohbulan.com

Antara komen yang diterjemah menggunakan Google Translate:

beautifulnara.com

"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and praying for the victims families. Makes me more sad, that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality.”

beautifulnara.com

"Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you."

beautifulnara.com

Sebagai Seorang Penyanyi Profesional, Shila Ternyata Tidak Terkesan Dengan Segala Tohmahan Yang Diterima

Status Shila Amzah di laman Instagram beliau.

Image via imgur.com

"Saya juga seorang manusia biasa yang masih jauh perjalanan hidup dan akan melakukan kesalahan. Apabila orang mengkritik saya tidak boleh cepat melatah dan mendiamkan diri adalah lebih baik dan dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk."

mstar.com.my

"Bagaimanapun jika komen yang membina dan boleh merubah ke arah yang lebih baik saya terima dengan hati terbuka," jelas Shila Amzah.

mstar.com.my

Shila Amzah Memukau Penonton Di China Dan Tersenarai Dalam Top 5 Selebriti Wanita Jutawan Malaysia

You may be interested in: