Shila Amzah Berjaya Meraih Tempat Ketiga Dalam "I Am A Singer"
Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya meraih tempat ke-3 keseluruhan dalam pertandingan "I Am A Singer".
Shila Amzah Berjaya Meraih Tempat Ke-3 Keseluruhan Dalam Pertandingan "I Am A Singer" Yang Disertainya Di Changsha, China
Penyanyi kesayangan ramai, Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan ‘I Am A Singer 2014’ yang berlangsung di Changsa, China, pada malam Jumaat (4 April 2014).
astrogempak.com.myTampat Pertama Dimenangi Han Lei Dari China Manakala tempat Kedua Menjadi Milik G.E.M Dari Hong Kong
Dia tewas kepada Han Lei dari China yang menduduki tangga pertama dan penyanyi Hong Kong, G.E.M di tempat kedua.
Penyanyi dari China, Han Lei bersorak ketika dinobatkan sebagai juara pertandingan "I Am A Singer".
Image via cfensi.wordpress.comWalaupun Tidak Mendapat Tempat Pertama, Shila Amzah Tetap Berbangga Dengan Pencapaiannya
Shila Mendendangkan Lagu "When You Believe" Nyanyian Asal Mariah Carey Dan Whitney Houston Serta Sebuah Lagu K-Pop Berjudul "Mama" Nyanyian Exo-M
Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi hebat China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ yang pernah dipopularkan Whitney Houston dan Mariah Carey. Di atas persembahan itu, Shila menerima undian ketiga tertinggi dan mara ke pusingan kedua untuk aksi solo.

Persembahan duet Shila Amzah bersama Huang Qishan menyanyikan lagu 'When You Believe".
Image via youtube.comManakala untuk pusingan kedua, penyanyi muda ini juga telah menunjukkan bakat tarian dengan beraksi secara solo menerusi lagu K-Pop popular berjudul ‘MAMA’ nyanyian Exo-M.
astrogempak.com.myShila menunjukkan bakat tarian menerusi lagu K-Pop berjudul "Mama" nyanyian Exo-M.
Image via www.adarain.comApa-Apa Pun, Tahniah Shila Amzah Kerana Sekali Lagi Mengharumkan Nama Malaysia Di Persada Dunia