seismik

Shila Amzah Teruja Temui Peminat, Bakal Adakan Konsert 'Journey To The Future' Di 6 Lokasi

Tak sabar!

Cover image via IMC Live Global

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi dan juga komposer terkenal, Shila Amzah bakal mengadakan konsert beliau di enam lokasi berbeza pada tahun ini

Konsert jelajah yang dinanti-nantikan ini akan membuka tirainya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur, pada 4 Mac 2023 pukul 8 malam dan turut diikuti persembahan di Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan Indonesia.

Ketika di temui pihak SAYS, Shila meluahkan rasa terujanya untuk bertemu peminat pada konsert tersebut yang akan membawa penonton ke masa silamnya dengan lagu-lagu yang memberi impak kepada dirinya satu ketika dulu.

"Saya jadi excited untuk konsert ini sebab nak tengok macam mana fans punya reaction bila dengar lagu-lagu saya"

"Harapan saya, of course saya nak berikan yang terbaik dan nak memperlihatkan satu sisi yang mungkin anda tidak pernah lihat untuk saya bawakan ke pentas nanti," katanya.

Tiket konsert ini boleh didapati mulai 16 Januari 2023 dengan harga bermula RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP) menerusi All Access Asia dan TicketCharge.

Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar bersama Shila Amzah.

Image via IMC Live Global
Image via IMC Live Global

Beli cepat sebelum sold out guys!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: