seismik

Siap Ada Akaun 'Fan Club', Birthday Dr. Noor Hisham Disambut Meriah Oleh Warganet

Semoga Dr. Hisham kekal sihat dan dipanjangkan umur.

Cover image via The Star Online & Twitter @DGHishamFanClub

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kini menjadi salah seorang individu yang paling popular di negara kita susulan kredibilitinya dalam mengawal pandemik Covid-19 ketika ini

Image via The Star

Lagaknya yang sangat bersahaja serta tidak pernah jemu menjawab setiap soalan yang diajukan wartawan menjadikan insan ini dikenali dan dihormati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Umum mungkin sudah mengetahui bahawa Dr. Noor Hisham menyambut hari lahirnya yang ke-57 hari ini.

Semalam, bersempena hari lahirnya itu Dr. Noor Hisham telah menyuarakan satu permintaan sebagai 'hadiah' buat dirinya.

Apa yang menyentuh hati, 'hadiah' yang diminta oleh Dr. Noor Hisham tersebut hanyalah berharap agar rakyat di negara ini terus kekal berada di dalam rumah dan mengamalkan kebersihan yang tinggi.

Populariti yang ada pada Dr. Noor Hisham ketika ini turut menyebabkan satu akaun kelab peminatnya ditubuhkan di Twitter

Diberikan nama sebagai DGHishamfanclub, akaun tersebut kini sudah mempunyai lebih 2 ribu pengikut meskipun baru sahaja ditubuhkan dan ia dikendalikan sendiri oleh peminat tegar Dr. Noor Hisham.

Akaun tersebut turut berkongsikan segala perkara yang membabitkan Dr. Noor Hisham dan juga keperibadiannya.

Susulan itu, bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-57, Dr. Noor Hisham juga telah dihujani dengan pelbagai ucapan daripada netizen yang menghargai jasa dan pengorbanan beliau selama ini

Rata-rata netizen mengharapkan agar Dr. Noor Hisham kekal diberikan kesihatan yang baik dan terus mengawal pandemik Covid-19 dengan cemerlang.

Bukan itu sahaja, menyifatkan insan ini sebagai 'Wira Negara', netizen tanpa mengira kaum turut meluahkan rasa terharu dan bangga terhadap pengorbanan yang dibuat oleh Dr. Noor Hisham dan juga pasukannya dalam mengendalikan krisis Covid-19 ketika ini.

Untuk lebih banyak ucapan yang menarik buat Dr. Noor Hisham, teruskan baca di bawah:

Teruskan memberi inspirasi kepada kami Dr. Noor Hisham. Selamat Hari Lahir dari kami!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel lain di sini:

You may be interested in: