Siap Ada Bumblebee Dalam Filem "Abang Long Fadil"?

Lu akan rasa kerdil, bila gua hadir, Abang Long Fadil!

Abang Long Fadil Kutip 2.1 Juta Dalam Hanya 4 Hari Tayangan

Filem 'Abang Long Fadil' berjaya meraih kutipan sebanyak 2.1 juta dalam masa 4 hari.

Image via pokpek.com

Sekalipun berdepan cabaran filem Hollywood dan mendapat klasifikasi 18PL, pemilik Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, tetap berpuas hati dengan pencapaian filem Abang Long Fadil yang berjaya memungut RM 2.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

bharian.com.my

Salah satu babak dalam filem 'Abang Long Fadil'.

Image via blogspot.com

Kutipan berkenaan tidak termasuk pungutan tiket bagi tayangan di Brunei dan Singapura.

bharian.com.my

Yusof Haslam Berkata Angka Berkenaan Mungkin Lebih Memberangsangkan Jika Tidak Diklasifikasikan Di Bawah PG18

"Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah. Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum."

karangkraf.com

Yusof Haslam (tengah) bersama dua anaknya Syamsul (kiri) dan Syafiq.

Image via cinema.com.my

"Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan."

beautifulnara.com

"Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan," ujarnya.

beautifulnara.com

21 Mei: Patutkah Filem "Abang Long Fadil" Diklasifikasi Sebagai PG18?

Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

mstar.com.my

Filem

Image via hmetro.com.my

Yusof berkata, dia terkejut dengan keputusan LPF itu kerana karya berkenaan hanyalah sebuah filem dengan babak yang penuh aksi lawan selain berunsur komedi.

mstar.com.my

Datuk Yusof Haslam kesal dengan tindakan LPF.

Image via blogspot.com

"Saya sangat kecewa apabila LPF tidak terbuka dengan filem-filem Melayu, sebaliknya mereka lebih terbuka dengan filem luar negara," katanya.

yahoo.com

Sebelum Itu, Filem "Abang Long Fadil" Turut Menerima Sebanyak 9 Kali Potongan

"Sudahlah ia mendapat sembilan kali potongan, diberi pula had tontonan hanya untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas," ujarnya.

tupai.com.my

Filem "Abang Long Fadil" merupakan satu ujian besar untuk pengarah muda, Syafiq Yusof.

Image via home.net.my

Menurutnya lagi, perkara ini secara tidak langsung boleh menjejaskan industri perfileman tempatan dan mengehadkan kreativiti pengarah untuk berkarya, lebih-lebih lagi apabila babak yang ditapis itu tidak menjejaskan fikiran penonton.

yahoo.com

"Saya harap isu filem ditapis tanpa alasan relevan tidak berlaku lagi. Bukannya saya nak minta pihak LPF bersikap terbuka sehingga melanggar adat dan tatasusila budaya negara Timur," tegas Yusof Haslam.

mstar.com.my

Trailer: Kalau anda rasa adegan bawah ni dari filem Kungfu Hustle, anda salah!

Image via gifsforum.com

Yang ni pun bukan filem Kungfu Hustle

Image via gifsforum.com

Adegan ni pulak bukan dari filem Jackie Chan

Image via gifsforum.com

Zizan dah macam Neo dalam cerita Matrix la pulak

Image via gifsforum.com

Apa-apa pun, gambar freeze ni yang paling superb!

Image via gifsforum.com

Filem Abang Long Fadil mendapat sentuhan daripada pengarah termuda Malaysia, Syafiq Yusof, adik kepada Syamsul Yusof

Syafiq Yusof merupakan pengarah paling muda di Malaysia.

Image via Twitter Syafiq Yusof

Filem yang bergenre komedi aksi ini membawa kesinambungan daripada kisah KL Gangster apabila sahabat baik Abang Long Fadil, Malik (lakonan Aaron Aziz) telah ditahan dalam penjara.

ohbulan.com

Berbeza sedikit daripada kisah KL Gangster yang lebih serius, filem ini mengisahkan tentang Abang Long Fadil yang mahu menjadi samseng sehebat Malik dan Shark (lakonan Syamsul Yusof).

ohbulan.com

Selain Zizan, filem ini turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Tauke Jambu dan juga Yassin Senario

Antara babak Tauke Jambu dalam filem Abang Long Fadil.

Image via www.ohbulan.com

Membariskan pelakon-pelakon komedi terkenal seperti Tauke Jambu, Yassin (Senario), filem ini akan turut mengekalkan Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan juga Soffi Jikan.

suarapeople.com

Yang pastinya, kehadiran dua orang lagi pelawak dalam filem ini akan memberikan nafas baru serta mampu membuatkan para penonton tergelak habis. Apa taknya, ketika babak pergaduhan Yassin, boleh dikatakan pengarah, Syafiq, ada meniru sedikit babak dari filem Kungfu Hustle.

suarapeople.com

Sama-sama kita tunggu tayangan filem Abang Long Fadil di pawagam pada 29 Mei 2014 nanti

Poster filem Abang Long Fadil.

Image via pokpek.com

Jom tengok treler filem Abang Long Fadil DI SINI:

Leave a comment