seismik

Siapa Sangka Orang Di Kuala Terengganu Paling Lama Tonton Porno

Jika dilihatkan pada statistik yang dikeluarkan, ianya sesuatu yang amat membimbangkan.

Cover image via pinterest.com

[TERKINI] Apa Sebab Orang Malaysia Kerap Tonton Porno?

Image via salon.com

Kesibukan bekerja sehingga tidak mempunyai masa mencukupi untuk bersama pasangan, mungkin adalah faktor utama mengapa jumlah individu yang melayari laman sesawang lucah lebih tinggi di Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur dan Miri, Sarawak.

suara.tv

Pakar Perunding Psikologi Dan Keluarga, Suzana Ghazali Berkata, Mereka Yang Tinggal Di Terengganu Dan Miri Contohnya, Mungkin Bekerja Dalam Sektor Minyak Dan Gas Yang Jarang-Jarang Pulang Ke Rumah

Pakar Perunding Psikologi Dan Keluarga, Suzana Ghazali.

Image via Facebook Suzana Ghazali

Menurut Suzana, disebabkan faktor itu, jumlah masa yang dihabiskan untuk melayari laman sesawang lucah lebih tinggi berbanding tempat lain di negara ini.

“Mereka sukar untuk pulang dan berjumpa isteri masing-masing di rumah, kerana sibuk bekerja, namun naluri seks masih ada dalam diri mereka. Oleh itu, mereka mungkin terpaksa melayari laman web berkenaan, disebabkan kekangan yang dihadapi tersebut,” katanya.

harianblogger.com

Tambah Suzana, Kecanggihan Teknologi Hari Ini Memudahkan Orang Ramai Mendapat Akses Internet, Sekaligus Membolehkan Mereka Melayari Laman Sesawang Lucah

Jelasnya, kini semua lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak memiliki telefon pintar dan sudah tentu tidak sukar bagi mereka melayari laman sesawang tersebut.

Beliau berkata, kajian menunjukkan, menonton bahan lucah memberi kesan sampingan tidak baik dalam hubungan suami isteri.

“Sekiranya si suami terlalu banyak menonton video atau gambar porno, terdapat kemungkinan tinggi mereka hilang fitrah asalnya dan kurang melakukan hubungan seks dengan isteri. Kini, terdapat ‘group’ (kumpulan) khusus dalam aplikasi WhatsApp yang diwujudkan khas untuk menyediakan bahan-bahan pornografi untuk disebarkan kepada orang ramai,” ujarnya.

suara.tv

16 Disember: Jangan Terkejut. Kuala Terengganu Merupakan Bandar Dengan Catatan Masa Paling Lama Menonton Laman Web Lucah Di Malaysia.

Image via tumblr.com

Ya, Benar. Statistik Terbaru Oleh Pornhub Mendedahkan Bahawa Pengguna Internet Di Kuala Terengganu Menghabiskan Masa Hampir 13 Minit Untuk Setiap Lawatan Sama Ada Untuk Mencari Atau Melihat Visual.

Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.

mstar.com.my
Image via photobucket.com

Pasti Ramai Yang Ingin Tahu Dimanakah Kedudukan Kuala Lumpur Dalam Senarai Ini Bukan? Menurut Statistik Tersebut, Kuala Lumpur Berada Di Tempat Kedua Diikuti Kota Bharu Dan Miri.

Kuala Terengganu duduki tempat pertama, Kuala Lumpur kedua diikuti Kota Bharu dan Miri.

Image via mstar.com.my

Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12 minit 29 saat.

Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bharu dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12 minit 27 saat seorang, bagi setiap lawatan.

mstar.com.my

Lebih Menarik, Purata Masa Yang Dihabiskan Melayari Pornografi Di Empat Bandar Ini Adalah Lebih Tinggi Daripada Purata Masa Bagi Malaysia Sendiri Iaitu 12 Minit 5 Saat

Malaysia mencatatkan masa 12 minit 5 saat.

Image via Pornhub.com

Naib Presiden Pornhub, Corey Price Bagaimanapun Berkata Perkara Ini Tidak Menghairankan, Memandangkan "Laman Kami Menawarkan Banyak Kepelbagaian"

Image via theladbible.com

Naib presiden Pornhub, Corey Price berpendapat beberapa negara mungkin mencatatkan masa yang lebih lama setiap kali pergi ke laman web itu kerana pengguna mengambil masa yang panjang mencari jenis video yang dikehendaki.

Katanya, ini tidak menghairankan, memandangkan "laman kami menawarkan banyak kepelbagaian."

Price berkata, ada juga kemungkinan masa yang panjang dihabiskan sesetengah pengguna yang menonton sesuatu video dalam tempoh masa yang lama.

“Bagaimanapun, bagi membuktikan perkara ini, anda perlu semak dan bandingkan angka itu dengan jumlah paparan halaman setiap kali melayari laman itu," katanya.

themalaysianinsider.com

Jika Dibandingkan Dengan Negara Jiran Iaitu Singapura, Indonesia Dan Thailand, Catatan Masa Yang Direkodkan Di Malaysia Adalah Lebih Tinggi

Catatan masa Indonesia, 10 minit 11 saat.

Image via Pornhub.com

Catatan masa Singapura, 9 minit 50 saat.

Image via Pornhub.com

Catatan masa Thailand, 8 minit 15 saat.

Image via Pornhub.com

Statistik Ini Jelas Menunjukkan Ketagihan Menonton Bahan Lucah Di Internet Di Malaysia Berada Pada Tahap Membimbangkan. Di Mana Silapnya?

Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar Mengakui Bahan Tatapan Lucah Kini Semakin Sukar Dikawal Dek Kerana Kemajuan Teknologi Yang Memudahkan Akses Kepada Bahan-Bahan Sebegitu

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Image via emadhisto.blogspot.com

"Menurut kes-kes yang dibentangkan, adalah jelas anak-anak di peringkat sekolah rendah mudah meniru apa yang mereka lihat. Kalau dahulu, televisyen menjadi sumber utama, diikuti dengan lambakan cakera padat (CD) lucah, kini akses melalui talian internet dan telefon pintar menjadi satu sumber yang teramat sukar dikawal."

"Klip-klip video pendek melalui laman perkongsian video hiburan seperti Youtube atau Metacafe menjadi rujukan anak-anak. Tambahan pula dengan teknologi terkini melalui telefon pintar, ‘Tablet’ atau ‘iPad’, memudahkan aplikasi ini dicapai dengan segera."

sinarharian.com.my

"Budaya Barat Cuba Mengkategorikan Pornografi Kepada Bentuk 'Soft Pornography' Dan 'Hard Pornography' Sebagai Pengkelasan Tontonan Pelbagai Peringkat Umur, Tetapi Bagi Umat Islam, Kedua-Dua Bentuk Itu Adalah Haram."

Image via mmedia.me

"'Hard pornography' adalah naskah filem atau klip atau majalah (juga komik) yang secara terang-terangan menggambarkan aksi seksual atau alat kelamin secara nyata. Yang lebih bermaharajalela di kotak televisyen kita ialah 'soft pornography' atau aksi memberahikan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat."

"Kategori kedua ini walaupun tidak menunjukkan secara nyata aksi hubungan seksual, tetapi ia turut bertujuan membangkit nafsu syahwat melalui iklan-iklan oleh model yang berpakaian separuh bogel dan video-video klip hiburan yang memaparkan aksi tarian yang mengghairahkan."

"Saya tidak segan silu mengatakan sebahagian filem-filem tempatan kita dan sesetengah rancangan drama tempatan sudah pun memasuki kategori 'soft pornography', dan jika tidak dibendung, ia menjadi sesuatu yang diterima norma masyarakat."

sinarharian.com.my

Beliau Menyeru Agar Ibu Bapa Memainkan Peranan Penting Dalam Memupuk Persekitaran Yang Sihat Dengan Menjadikan Rumah Kawasan Larangan Dari Kemasukan Bahan-Bahan Tontonan Yang Melalaikan

"Ingatlah, anak-anak kita masih muda dan umpama tunas yang perlu dijaga sebaiknya," ujar Prof Madya Rafidah Hanim Mokhtar.

Image via telegraph.co.uk

"Ibu bapa harus mengetahui bahawa terdapat apa yang dikatakan sebagai zina mata atau melihat kepada sesuatu yang berunsurkan maksiat. Zina mata atau “lahadhat” bukan hanya sekadar memandang, malah diikuti dengan pandangan selanjutnya."

"Ibu bapa dalam hal ini perlu maklum bahawa sebarang bentuk pornografi, yang ditakrifkan sebagai “sebarang bahan yang memaparkan secara jelas alat kelamin atau perlakuan seksual, bagi membangkitkan nafsu syahwat" adalah haram."

"Sekiranya ibu bapa dapat mengawal disiplin diri dengan ketat untuk tidak menonton perkara-perkara ini, dan menjadikan rumah kita kawasan larangan dari kemasukan bahan-bahan ini, insyaAllah sekurang-kurangnya anak kita tidak terdedah kepada bahaya sedemikian di dalam rumah kita sendiri," jelas beliau.

sinarharian.com.my

Sementara Itu, Dalam Laporan Yang Sama, Filipina Mendahului Senarai Sebagai Salah Sebuah Negara Yang Mana Penggunanya Adalah Paling Tinggi Di Asean (Malah Di Dunia) Dengan Catatan Masa 14 Minit 22 Saat

Catatan masa Filipina, 14 minit 22 saat.

Image via Pornhub.com

Manakala China Merekodkan Catatan Masa Tertinggi Di Dunia Iaitu 14 Minit 34 Saat. Amerika Syarikat Dan United Kingdom Pula Masing-Masing Mencatat Masa Yang Lebih Rendah Berbanding Malaysia.

Catatan masa China, 14 minit 34 saat.

Image via Pornhub.com

Catatan masa Amerika Syarikat, 10 minit 17 saat.

Image via Pornhub.com

Catatan masa United Kingdom, 9 minit 28 saat.

Image via Pornhub.com

Dalam Laporan Daya Saing Pula, Malaysia Berada Di Kedudukan Lebih Baik Berbanding Australia Dan Korea Selatan. BACA SELANJUTNYA:

You may be interested in: