seismik

Siapa Tampal Pelekat Besar BN Di Kereta Akan Dapat Habuan RM300

Wang besar wang besar!

Cover image via Mo Fadz / Facebook

Nak duit RM300? Mudah, tampal saja pelekat kereta Barisan Nasional. :)

Image via astroawani.com

Laporan Sin Chew Daily mendedahkan bahawa BN Wilayah Persekutuan akan memberi wang ihsan sebanyak RM300 kepada setiap pemilik kereta yang bersedia memandu dengan logo besar BN ditampal pada kereta mereka.

Ganjaran ini akan diberikan sehingga 4 Mei 2018.

Sebuah syarikat event management yang diupah untuk projek ini sudah mula mengedar pelekat Barisan Nasional di Bangsar sejak Sabtu lalu

Menurut seorang wakil syarikat tersebut, kaunter pertama telah dibuka di sebuah stesen minyak di Bangsar.

Mereka juga akan bergerak ke seluruh kawasan Lembah Klang dari masa ke semasa memandangkan projek ini mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Beliau turut menyatakan bahawa setiap hari terdapat 50 hingga 60 orang datang untuk mendapatkan pelekat, terutamanya pada hari minggu

Image via bharian.com.my

Orang awam boleh memilih daripada tiga jenis pelekat yang diedar dengan tema manifesto BN "Hebatkan Negaraku".

“Kita buat promosi di Facebook dan pihak yang mahu buat duit tambahan, boleh ambil bahagian.

“Bangsar adalah tempat pertama di Kuala Lumpur. Kita akan bergerak ke seluruh Lembah Klang,” katanya.

Ganjaran RM300 akan diberikan menerusi dua peringkat:

Peringkat 1: RM150 apabila pelekat ditampal dan gambar diambil.
Peringkat 2: RM150 apabila peserta ambil gambar dengan kereta masing-masing pada 4 Mei nanti.

Namun begitu, pemeriksaan kenderaan akan dibuat terlebih dahulu bagi memastikan kereta itu layak untuk ditampal dengan pelekat BN.

Image via China Press

Pelekar juga terhad! Hanya untuk 700 kereta sahaja di Lembah Klang.

Kalau anda rasa anda layak, rebutlah peluang ini segera!

Image via blogspot.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Segala tentang #GE14 DI BAWAH:

You may be interested in: