seismik

Siapakah Yang Bakal Menjadi Peneraju Utama Malaysia Airlines?

MAS memerlukan seorang tokoh yang mampu mengubah nasib syarikat. Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly dikatakan sebagai calon terbaik.

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Khazanah Nafi Bakal Lantik Orang Asing Sebagai CEO Baru MAS

Malaysia Airlines kini sedang mencari calon yang paling sesuai untuk jawatan CEO syarikat.

Image via themalaymailonline.com

Khazanah Nasional Berhad hari ini menyangkal laporan mengatakan warga asing akan dilantik untuk menerajui syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) dalam usaha penstrukturan semula.

inimajalah.com

Laporan akhbar The Star hari ini memetik sumber dalaman mendedahkan 3 calon warga asing sudah dikenal pasti untuk dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS baru.

inimajalah.com

"Kami Ingin Menjelaskan Laporan Tersebut Adalah Spekulasi Dan Tidak Matang," Kata Khazanah Dalam Satu Kenyataan

Image via nst.com.my

"Seperti diumumkan pada 29 Ogos, Khazanah sedang menjalankan pencarian antarabangsa untuk CEO MAS daripada kalangan rakyat Malaysia dan tokoh warga asing. Setakat ini, tiada sesiapa dilantik sebagai CEO baru MAS dan pencarian masih berterusan."

themalaysianinsider.com

"Keputusan akhir mengenai kedudukan CEO baru akan diumumkan selepas pertimbangan dan konsultansi dengan Pemegang Saham Khas, Menteri Kewangan Diperbadankan. Hasilnya akan diumumkan mengikut tempoh yang sudah ditetapkan," kata Khazanah.

themalaysianinsider.com

7 Oktober: CEO Irish Airlines Christoph Mueller Dijangka Ketuai MAS

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aer Lingus, Christoph Mueller disebut bakal mengetuai Malaysia Airlines (MAS).

Image via bloomberg.com

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aer Lingus, Christoph Mueller disebut bakal mengetuai Malaysia Airlines (MAS) selepas penstrukturannya, kata sumber.

themalaysianinsider.com

Syarikat penerbangan Irish itu mengumumkan pada Julai, veteran Jerman itu akan meletakkan jawatan bermula Mei 2015 namun tidak menyatakan ke mana beliau akan pergi.

themalaysianinsider.com

Beliau akan ditugaskan menyelia penstrukturan semula syarikat MAS dan mengawasi prestasinya untuk lima tahun akan datang.

eek.my

Christoph Mueller Dilihat Sebagai Pengganti Yang Paling Sesuai Kerana Semenjak Beliau Mengambil Alih Aer Lingus Pada September 2009, Syarikat Itu Berubah Menjadi Syarikat Penerbangan Yang Menguntungkan

Mueller menyertai Aer Lingus sebagai CEO pada September 2009 dan mengembalikan syarikat itu daripada kemundurannya.

kualalumpurpost.net

Aer Lingus kembali sebagai sebuah syarikat penerbangan yang kuat selepas diambil alih oleh Christoph Mueller.

Image via wordpress.com

Pengerusi Aer Lingus, Colm Barrington mengakui keupayaan Mueller atas perkhidmatannya ketika mengumumkan pemergiannya pada Julai.

kualalumpurpost.net

“Di bawah kepimpinan strategik Christoph, Aer Lingus berubah menjadi syarikat penerbangan yang kuat, menguntungkan dengan arah tuju strategik yang jelas,” katanya, dipetik akhbar Irish.

eek.my

Untuk Makluman, Beliau Merupakan Bekas Pelajar Harvard Business School Dalam Jurusan Advanced Management Program Dan Pernah Memegang Jawatan Penting Dalam Beberapa Syarikat Terkemuka

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan, dan pernah memegang jawatan senior dalam syarikat Daimler Benz Aerospace, dan pernah menjadi Naib Presiden Eksekutif di Lufthansa AG dan juga CEO di Sabena Group.

yahoo.com

Beliau memperoleh MBA daripada University of Cologne dan melengkapkan pengajian dalam Advanced Management Program di Harvard Business School, berdasarkan laman web Aer Lingus.

yahoo.com

Sebelum Ini, CEO Celcom Tolak Jawatan Mengambil Alih MAS

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Image via digitalnewsasia.com

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly telah memutuskan bahawa beliau tidak akan menyertai Malaysia Airlines (MAS) dalam rancangan pemulihan yang telah dirangka oleh syarikat Khazanah Nasional baru-baru ini.

Shazalli berhasrat untuk bersama terus bersama Celcom untuk lima tahun akan datang bagi meneruskan pelan transformasi syarikat berkenaan.

Menurut Shazalli, Spekulasi Mengenai Dirinya Akan Menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Masa Ini, Ahmad Jauhari Yahya Adalah Tidak Benar Sama Sekali

Shazalli turut menambah bahawa khabar angin dia menggantikan Ahmad Jauhari Yahya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS yang baru adalah tidak benar.

"Tidak ada mana-mana pihak yang menghubungi saya. Pihak pertama yang memberitahu saya tentang perkara ini ialah media. Mungkin ada beberapa perbincangan berlaku di belakang tabir, tetapi saya tidak dimaklumkan dengan apa-apa maklumat sekalipun dan tidak berhak untuk memberi sebarang komen," katanya.

Dalam Pada Itu, Khazanah Nasional Membuat Keputusan Untuk Mengekalkan Ahmad Jauhari Yahya Selaku CEO MAS Sehingga Julai 2015

CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Image via kinibiz.com

Ahmad Jauhari, yang kontrak selama tiga tahun sepatutnya berakhir pada bulan September, telah menerima lanjutan tempoh perkhidmatan sehingga Julai tahun 2015 sehingga Khazanah menemui pengganti yang sesuai.

Pada Bulan Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad Dilaporkan Bakal Melantik Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly Untuk Menaikkan Semula Reputasi Syarikat Penerbangan MAS

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazzalli Ramly bakal meneraju MAS.

Image via thestar.com.my

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazzalli Ramly, adalah calon yang berkemungkinan akan mengambil alih pucuk pimpinan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bagi menaikkan semula reputasi syarikat tersbut, lapor Business Times Singapura.

msn.com

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif MAS masa kini, Ahmad Jauhari Yahya akan menamatkan tempoh pimpinannya pada 19 September 2014 dan tidak mungkin akan dilanjutkan.

themalaysianinsider.com

Penganalisa Industri Berpendapat Kepimpinan Dan Kemahiran Datuk Seri Shazalli Ramly Menjadikannya Antara Calon Terbaik Bagi Mengambil Alih Pucuk Pimpinan MAS

MAS sememangnya memerlukan seseorang yang mampu mengemudi syarikat menjana keuntungan.

Image via kasihaleeya.blogspot.com

Pemerhati industri berkata agak sukar untuk Khazanah Nasional untuk mengabaikan kualiti kepimpinan korporat, kemahiran dan pengalaman yang ada pada Datuk Seri Shazalli Ramly. MAS sememangnya memerlukan seseorang yang mampu mengemudi syarikat menjana keuntungan dan Shazalli dikatakan sebagai calon yang terbaik untuk mengubah nasib mereka.

nst.com.my

Pengalaman luas beliau dalam bidang pemasaran dan penjenamaan korporat dan kejayaannya dalam menjadikan Celcom peneraju utama dalam sektor telefon bimbit menjadikannya seorang calon yang paling sesuai. Sebelum Celcom, beliau bekerja dalam industri penyiaran bersama stesen televisyen swasta NTV7 dan Astro.

msn.com

Seiring Dengan Pengalaman Dan Kemahirannya Yang Luas, Beliau Juga Pernah Memenangi Beberapa Anugerah Teringgi Seperti "Masterclass CEO of the Year Award" Dan "2013 ICT Personality of the Year"

Datuk Seri Shazalli Ramly bergambar bersama anugerah "ICT Personality of the Year" yang dimenanginya pada tahun 2013.

Image via www.celcom.com.my

Beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti "Masterclass CEO of the Year Award", "CEO of the Year" yang dimenanginya melalui "Readers Choice Awards" oleh PC.com dan "Business Leadership Award".

nst.com.my

Pada tahun 2013, beliau telah dinobatkan sebagai "ICT Personality of the Year" di Anugerah Kepimpinan ICT Pikom.

nst.com.my

Sementara Itu, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS Tahun 2005 Hingga 2009, Datuk Seri Idris Jala Dicadangkan Untuk Mengambil Jawatan Pengerusi MAS Yang Baru

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS tahun 2005 hingga 2009, Datuk Seri Idris Jala.

Image via rakyatnews.my

Business Times Singapura juga mencadangkan Datuk Seri Idris Jala, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS (2005-2009) dan pada masa ini bertanggungjawab bagi transformasi ekonomi negara, untuk dilantik sebagai pengerusi baru syarikat penerbangan berkenaan.

themalaysianinsider.com

Malaysia Airlines kini berusaha keras dalam menjenama dan membersihkan semula nama mereka selepas dua tragedi besar - kehilangan penerbangan MH370 dan kes tembakan penerbangan MH17 - dalam tempoh empat bulan yang telah menjatuhkan reputasi syarikat.

themalaysianinsider.com

Walaupun Shazalli Telah Memenangi Banyak Anugerah Dan Pernah Dinobat Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik, Beliau Bagaimanapun Tidak Mempunyai Pengalaman Yang Luas Dalam Industri Penerbangan

Shazalli bagaimanapun kekurangan pengalaman dalam industri penerbangan.

Image via theborneopost.com

Satu perkara yang boleh menghalang pencalonan Shazzalli bagi jawatan itu adalah kekurangan pengalaman beliau dalam industri penerbangan.

msn.com

"MAS memerlukan seseorang yang memahami rangka pembangunan secara keseluruhan bagi membolehkan syarikat menghapuskan segala masalah dari peringkat akar umbi," kata kenyataan tersebut.

themalaysianinsider.com

Menurut Sumber, Keputusan Pelantikan Ini Bakal Diumumkan Pada Minggu Hadapan Sekali Gus Dengan Pengumuman Prestasi Suku Kedua MAS

Pelantikan dan rangka pelan rombakan bakal diumumkan minggu depan, seiring dengan pengumuman prestasi suku kedua MAS, yang dijangka akan menunjukkan angka yang sangat tidak memberangsangkan.

msn.com

Sebelum Ini, Syarikat Penerbangan MAS Yang Bermasalah Dikatakan Bakal Muflis. BACA SINI:

Selepas MAS Diambil Alih Oleh Khazanah Nasional Berhad, Tony Fernandes Dan Tun Mahathir Mempunyai Pendangan Yang Berbeza

You may be interested in: