Simpan RM1 Bulan Pertama, Jadi Jutawan Pada Bulan Ke-20. Macam Mana?
Apabila anda lihat jumlah simpanan sebanyak RM1,048,575 di atas kertas, pasti anda mula berfikir - apa yang aku lakukan dengan wang yang aku peroleh?
Adakah mustahil untuk memperoleh wang sebanyak RM1 juta selepas 20 bulan menabung dengan permulaan simpanan sebanyak hanya RM1 sahaja pada bulan pertama?
Jawapannya adalah tidak mustahil, namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Untuk menjadi seorang jutawan, memang tidak ada jalan pintas yang boleh diambil.
Sistem ini memang telah sedia ada wujud dan sangat mudah untuk difahami. Malah, ia mempunyai hanya TIGA langkah sahaja yang perlu diingat.
Tidak percaya? Ayuh kita rungkai rahsia sistem jutawan 20 bulan dengan tiga langkah mudah ini:
Pertama: Mulakan tabungan dengan menyimpan hanya RM1 sahaja untuk bulan pertama.
Kedua: Gandakan simpanan pada gandaan DUA untuk bulan-bulan seterusnya. Contohnya, bulan pertama simpan RM1, bulan kedua simpan RM2, bulan ketiga simpan RM4, bulan keempat simpan RM8 dan lakukannya secara konsisten.
Ketiga: Ulang langkah Kedua secara berterusan sehingga bulan ke-20. Ketika itu, pasti akan terkejut melihat hasil simpanan yang telah mencecah sebanyak RM1,048,575!
Mungkin sukar untuk membayangkan jumlah wang yang terkumpul sebanyak RM1 juta itu boleh diperoleh dalam masa 20 bulan sahaja. Untuk mendapat gambaran lebih jelas, LIHAT JADUAL DI BAWAH:
Meskipun begitu, harus diingat bahawa sistem ini disediakan hanya sebagai panduan. Seperti yang dikatakan lebih awal, sistem ini tidak mustahil tetapi bukan mudah untuk dilakukan.
Mungkin tidak ada masalah untuk membuat simpanan pada 10 bulan pertama kerana jumlahnya masih realistik dan boleh dicapai. Tetapi, untuk menggandakan wang simpanan dengan gandaan dua selepas bulan ke-11, tidak ramai orang yang mampu untuk berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, mungkin ada sesetengah individu yang sanggup untuk menyahut cabaran. Maklumlah, perkara ini sebenarnya tidak mustahil. Cuma perlu ada pengorbanan yang sangat besar bagi mencapai cita-cita menjadi jutawan dalam masa 20 bulan.
Segalanya tampak realistik di atas kertas dan secara teori, tetapi ramai diantara kita yang jauh daripada kebebasan kewangan. Apa yang anda lakukan dengan wang anda pada hari ini? Menabunglah sebelum terlambat!