Sri Maju Group Umum Pemandu Bas Riba Wanita Kini Dipecat Serta-Merta

Difahamkan, laporan polis juga dibuat terhadap bekas pemandu berkenaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular video seorang wanita duduk di atas riba pemandu bas ekspres di lebuh raya

Pemandu bas ekspres yang mengendalikan kenderaan itu kini telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Menurut laporan di Berita Harian, kenyataan ini telah diumumkan oleh Sri Maju Group dan mengesahkan pemandu itu adalah pekerjanya.

Syarikat tersebut juga telah memohon maaf dengan setulus ikhlas tanpa sebarang syarat kepad semua penumpang terlibat serta orang awam.

Laporan polis terhadap pemandu telah dibuat

Kejadian berlaku ketika bas beroperasi di laluan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dalam perjalanan ke Larkin di Johor Bahru.

"Susulan itu juga, pihak syarikat membuat satu laporan polis terhadap pemandu berkenaan berhubung insiden itu, selain kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)," menurut kenyataan.

SAYS.com
Image via MalaysiaGazette

Sistem pemantauan video akan ditambahbaik

Sri Maju Group juga mengatakan mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan akan mengambil langkah panambahbaikan melalui pemantauan video.

Sistem pemantauan video dengan sistem pengawasan disediakan terhadap pemandu dan di dalam bas sudah dipasang pada bas baharu.

"Kerja pemasangan sedang dilaksanakan dengan kadar segera bagi bas sedia ada yang belum dilengkapi sistem berkenaan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sri Maju Tours

"Pihak syarikat memohon maaf kepada semua penumpang terbabit serta kepada orang awam, sambil menegaskan keselamatan serta keselesaan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami," tambah mereka lagi.

Pihak syarikat juga mengatakan perkara ini bercanggah sama sekali dengan etika profesional yang ditetapkan.

"Tingkah laku dipaparkan dalam video berkenaan suatu pelanggaran serius terhadap prosedur operasi standard syarikat, selain bercanggah sama sekali tata etika profesional yang kami tetapkan bagi semua pemandu kami," katanya.

Mereka juga menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perlakuan yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa penumpang mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: