seismik

Statistik Buktikan Covid-19 Lebih Membunuh Lelaki Berbanding Wanita Di Msia. Ini Sebabnya

Berdasarkan peratusan dan statistik semasa di Malaysia, peratusan kematian pesakit Covid-19 lelaki di Malaysia adalah tertinggi di dunia berbanding negara lain.

Cover image via AAHA

Menurut statistik semasa di Malaysia, sehingga hari ini, kadar kematian lelaki akibat virus Covid-19 adalah lebih sekali ganda berbanding wanita

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Koronavirus atau SARS-CoV-2 ini dipercayai sedang mengikuti corak yang sama di mana kebanyakan negara di dunia turut mendapati bahawa jumlah lelaki yang mendapat wabak virus Covid-19 ini adalah jauh lebih tinggi berbanding wanita.

Malah, menurut laporan, bermula dari China, Perancis, Itali, Denmark, Iran hingga ke Jerman, corak yang dilihat adalah sama.

The Wall Street Journal juga telah mengeluarkan statistik pada hujung bulan Mac di mana peratusan pesakit lelaki Covid-19 di Itali dan Denmark telah mencecah 71% berbanding pesakit wanita hanya 29%.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan data di Amerika Syarikat.

Manakala di Malaysia pula, berdasarkan statistik yang dikeluarkan semalam, 13 April, sehingga 77 kematian akibat Covid-19 telah dicatatkan.

59 daripadanya melibatkan lelaki dan hanya 18 kematian melibatkan wanita.

Image via Sinar Harian

Ini bermakna dari segi peratusan, jumlah kematian bagi pesakit lelaki di Malaysia ialah 76.6 peratus berbanding kaum wanita 23.4 peratus.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah mengapa virus Covid-19 ini lebih mudah menyebabkan kematian kaum lelaki di dunia terutamanya di Malaysia?

Image via Google

Oleh itu, Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru di Sunway Medical Centre Velocity di Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada corak statistik serupa di seluruh negara

Antara enam faktor utama yang dijelaskan adalah:

1. Tahap imunisasi
2. Gaya hidup tidak sihat kaum lelaki
3. Kelebihan hormon estrogen
4. Disiplin membasuh tangan
5. Kecepatan mendapatkan rawatan
6. Kelebihan kromoson X pada wanita

Dr Nurul Yaqeen turut berkata, “Secara puratanya, wanita mempunyai sistem imunisasi yang lebih cekap berbanding kaum lelaki. Hormon estrogen iaitu salah satu hormon utama pada wanita juga membantu memberikan perlindungan daripada jangkitan virus kepada wanita.

“Selain itu, wanita mempunyai lebih X kromosom berbanding lelaki. Kromosom X ini bertanggungjawab untuk menjana komponen penting dalam sistem imunisasi terhadap jangkitan virus,” jelasnya.

Image via Sinar Harian

Bukan itu sahaja, wanita juga mempunyai disiplin dan tahap kesedaran terhadap kesihatan lebih tinggi berbanding lelaki

Ini kerana menurut gaya hidup kaum lelaki dan kaum wanita, kaum wanita lebih gemar membasuh tangan dan lebih segera mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya terdapat simptom penyakit tertentu.

Namun, berbeza pula dengan kaum lelaki yang lebih mudah terdedah kepada penyakit kerana kebanyakan ketua keluarga bekerja di luar rumah dan kerap berkumpul beramai-ramai di luar.

“Kajian sains sosial juga telah membuktikan lelaki biasanya mengambil mudah terhadap penyakit-penyakit yang dihidapi mereka. Lelaki sukar untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan di peringkat awal gejala.

“Kebanyakan kaum lelaki sering berjumpa doktor setelah berada di peringkat pertengahan atau akhir penyakit iaitu ketika penyakit sudahpun menjadi serius atau sukar dikawal,” katanya.

Tambahan pula, Dr Nurul Yaqeen turut menekankan dua faktor utama iaitu merokok dan alkohol

Gambar sekadar hiasan.

Image via Discover Magazine

Paling membimbangkan, Dr Nurul Yaqeen turut memberitahu bahawa pakar-pakar perubatan dunia turut mengakui bahawa merokok mampu meningkatkan risiko wabak Covid-19 ini terhadap individu.

“Lebih ramai lelaki yang merokok dan minum alkohol (lima kali ganda berbanding wanita) menyebabkan sistem imunisasi mereka lebih rendah. Maka mereka lebih mudah mendapat jangkitan Covid-19 yang serius sehingga mengakibatkan kematian.

“Merokok juga boleh menyebabkan virus mudah berpindah daripada tangan ke mulut melalui rokok. Virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit Covid-19 juga cenderung menyerang paru-paru kerana terdapat reseptor angiotensin converting enzyme 2 (ACE-2) yang banyak terdapat di paru-paru dan saluran pernafasan.

“Perokok juga sering mendapat penyakit seperti kanser paru-paru dan penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik yang menyebabkan kesan Covid-19 bertambah teruk sekiranya mereka terkena jangkitan penyakit ini,” katanya.

Data daripada jurnal Epidemiological and Clinical Features of the 2019 Novel Coronavirus Outbreak in China turut mengakui keparahan koronavirus dalam kalangan kaum lelaki di China

Ini kerana kajian turut menunjukkan bahawa paru-paru perokok mempunyai reseptor ACE-2 yang lebih banyak berbanding bukan perokok. Reseptor ACE-2 ini dianggap tapak bagi virus koronavirus kerana protein SARS-CoV memiliki ikatan yang kuat dengan ACE-2 untuk memasuki sel-sel paru-paru manusia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Selain faktor yang disebutkan di atas, individu yang berdepan dengan risiko tinggi Covid-19 ini adalah termasuk individu yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti dan pendedahan yang terlalu banyak di luar rumah.

Oleh yang demikian, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan operasi kedai gunting rambut yang boleh membawa risiko penularan wabak Covid-19 ini lebih-lebih lagi kepada kaum lelaki.

Tambahan pula beberapa kes kluster gunting rambut di luar negara yang telah meninggal dunia setelah menggunting rambut individu yang positif Covid-19.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: