Gadis Seolah-Olah Tahu Ajalnya Akan Tiba Melalui Status Facebook
Seorang gadis bernama Adiba Yasmin Ahmad dikatakan seolah-olah tahu bila ajal kematiannya melalui status Facebook yang telah dimuat naik.
Pada 7 Februari Lepas, Seorang Gadis Telah Memuat Naik Satu Status Di Facebook Berkaitan Kematian Dirinya Sendiri
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada'. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt."
blogspot.comBayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ?
blogspot.comTidak Cukup Dengan Itu, Sehari Sebelum Hari Jadinya, Sebuah Lagi Status Dimuat Naik, Juga Menduga Tentang Hari Terakhir Dalam Hidupnya
Statusnya berbunyi "esok nak have fun puas-2 ^_^ mana lah taw kod-2 esok malam last aku hidup :) dan aku senyum depan semua yang aku sayangg :D "
busuk.orgSeakan-Akan Menduga Kematian Dirinya Sendiri, Dia Kemudiannya Terlibat Dalam Sebuah Kemalangan Yang Telah Meragut Nyawanya Keesokan Hari
Dia terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Kampung Perana, Langkawi pada 22 Februari 2014 yang meragut nyawanya.
blogspot.comApa yang lebih menyayat hati, 22hb Februari itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran beliau. Mungkin ia hanyalah satu kebetulan.
josrevalution.netMenurut Rakan-Rakan Yang Mengenali Dirinya, Adiba Dikatakan Sebagai Seorang Budak Yang Sangat Baik Dan Banyak Meluangkan Masa Dengan Keluarga
Walaupun dalam status tersebut, beliau mengatakan hendak bergembira puas-puas. Tapi sebenarnya beliau bukanlah seorang gadis yang suka bersosial dan berhibur. Melalui komen rakan-rakan beliau mengatakan Adiba seorang budak yang baik dan maksud bergembira itu hanyalah bersama keluarga dan rakan sekolah.
blogspot.comMaka Timbul Satu Persoalan. Bolehkah Manusia Mengetahui Ajal Kematian Mereka?
Allah Taala telah menjadikan sifat manusia lupa dan lalai terhadap kematian.
drjuanda.comKematian adalah misteri yang tak terpecahkan dengan fahaman rasional semata, manusia perlukan iman untuk melalui perjalanan menuju kematian dengan reda dan bersedia.
drjuanda.comBayangkanlah kalau semua manusia tahu hari atau pukul berapa dia akan mati, tentu porak-perandalah dunia ini.
drjuanda.comBagaimana Pula Dengan Adiba? Adakah Dia Diberikan Satu Kelebihan?
Tidak ada yang boleh benar-benar tahu bila dirinya akan dipanggil oleh Allah SWT, kecuali orang-orang yang memang dilebihkan oleh Allah SWT dan diberikan kemampuan untuk mengetahui bila dirinya akan menemui ajalnya.
kucoba.comSejak hari keseratus sebelum seseorang menemui ajalnya, nyatanya tanda-tanda kematian sudah boleh ditemui. Namun biasanya tanda-tanda ini tidak akan disedari, kecuali oleh orang-orang yang dikehendaki Allah SWT untuk mengetahuinya.
kucoba.comKesimpulannya, Hanya Allah Yang Mengetahui Segalanya. Semoga Arwah Adiba Berada Dalam Kalangan Orang-Orang Yang Beriman