Status Rahsia Laporan 1MDB Digugurkan Selepas 2 Tahun. Ini Adalah Huraian Penting.

Laporan itu sebelum ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi sejak 2016.

  • Status rahsia laporan pengauditan 1MDB telah digugurkan dan orang ramai kini boleh mendapatkan ringkasan eksekutif laporan tersebut di portal Jabatan Audit Negara

      Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad

    • Pada tahun 2016, Anggota Parlimen dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hanya dibenarkan mengkaji laporan tersebut tanpa mengemukakan mana-mana butirannya kerana ia dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi.

      Laporan ini kemudiannya dibentangkan kepada Dewan Rakyat tanpa laporan audit.

      Hal tersebut bukan sahaja menimbulkan persoalan dari Ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu bahkan turut menjadi tanda tanya kepada umum tentang belanjawan yang telah digunakan bagi projek berkenaan

      Baru-baru ini, Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad berkata dalam satu kenyataan,

      "Saya memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB tersebut diklasifikasikan semula sebagai DOKUMEN TERBUKA.

      "Ringkasan eksekutif mengenai Laporan Pengauditan 1MDB itu boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara melalui pautan www.audit.gov.my," tambahnya lagi.

  • Berikut adalah beberapa sorotan daripada laporan tersebut:

  • 1. Mengikut laporan yang baru sahaja digugurkan status kerahsiaannya itu, sebahagian besar wang berbilion yang diperoleh daripada kumpulan 1MDB untuk pembangunan tanah sebenarnya telah disalurkan kembali kepada kumpulan tersebut

    • Hanya sebahagian kecil wang telah digunakan untuk projek-projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

      The Edge Markets (TEM) melaporkan bahawa hanya 6% daripada RM3.98 bilion yang disalurkan ke projek-projek pembangunan itu, manakala selebihnya telah diletakkan semula ke tempat asal. Jumlah wang sebanyak USD3 bilion (lebih kurang RM11.89 bilion) yang diperoleh tidak digunakan untuk projek TRX.

      Tambahan pula, 1MDB menggunakan RM288 juta daripada wang kerajaan berjumlah RM1.117 bilion yang sepatutnya disalurkan kepada projek Bandar Malaysia untuk membayar komitmen faedah dan hutang kumpulan.

      Seorang kontraktor yang ditugaskan untuk projek Bandar Malaysia juga berhutang RM396.42 juta sehingga September 2015.

  • 2. Pada masa yang sama, wang yang dimasukkan ke dalam akaun salah satu anak syarikat 1MDB telah dikeluarkan dan dimasukkan semula ke dalam akaun anak syarikat 1MDB yang lain

    • Pada tahun 2014, "penebusan unit dana" ke dalam syarikat Brazen Sky Ltd, iaitu salah satu anak syarikat 1MDB, dipindahkan dan dimasukkan dengan segera kepada 1MDB Global Investments Ltd (1MDB GIL), satu lagi syarikat subsidiari 1MDB.

      Penebusan itu didakwa berasal dari pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman dengan Bridge Partners International Investment Ltd.

      Penebusan "unit dana" adalah pengembalian modal pelabur di bawah janji pendapatan tetap, melalui penjualan unit dana bersama.

      Sebanyak USD1,392 bilion (kira-kira RM5.52 bilion) dikreditkan ke dalam akaun Brazen Sky sementara USD1.417 bilion (kira-kira RM5.62 bilion) dipindahkan ke 1MDB GIL. Pemindahan itu sepatutnya tidak dibenarkan kerana 1MDB GIL sudah mempunyai dana pengurusan sendiri, yang berjumlah USD1.56 bilion (kira-kira RM6.2 bilion).

    • Brazen Sky Ltd

    • Menurut Malaysiakini, penemuan daripada laporan audit ini mengesahkan maklumat pemfailan mahkamah yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

      Malaysiakini memetik DOJ yang melaporkan bahawa "penebusan unit dana" sebenarnya datang daripada pinjaman berjumlah USD975 juta (kira-kira RM3.86 bilion) dari Deutsche Bank. DOJ juga menyatakan bahawa wang itu dikitar semula melalui proses yang sama dan berakhir di akaun Brazen Sky.

  • 3. Laporan audit juga mendedahkan masalah kumpulan 1MDB dengan tadbir urus korporat

    • Dengan anggapan bahawa tiada pinjaman baru yang dibuat selepas Oktober 2015, laporan audit menganggarkan sejumlah RM42.26 bilion diperlukan untuk membayar balik faedah 1MDB di antara November 2015 dan Mei 2039.

      Kumpulan itu juga memerlukan sekurang-kurangnya RM1.52 bilion setiap tahun antara November 2015 hingga Mei 2024 untuk membayar balik pinjamannya.

      Selain itu, laporan tersebut menyatakan bahawa keputusan pelaburan penting dilakukan tanpa perbincangan atau analisis mendalam terlebih dahulu. Sebagai contoh, keputusan pelaburan dalam projek usaha sama dengan kumpulan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dibuat dalam masa lapan hari sahaja tanpa proses penilaian menyeluruh.

      The Star melaporkan bahawa pengurusan 1MDB juga telah menyampaikan maklumat yang tidak lengkap dan tidak tepat kepada lembaga 1MDB sebelum membuat keputusan penting. Mereka juga bertindak tanpa kebenaran dari lembaga.

  • Mengikut siasatan 1MDB, FMT melaporkan bahawa pendakwa Switzerland bersedia memperbaharui perbincangan dengan Malaysia

      Michael Lauber dari Pejabat Peguam Negara Swiss

    • Pejabat Peguam Negara Swiss, Michael Lauber menyatakan minatnya untuk terlibat dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan 1MDB.

      Lauber telah mengkritik pentadbiran bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, DS Najib Razak kerana kekurangan kerjasama dengan pendakwa Switzerland dalam siasatannya.

      Singapura juga bersedia membantu dalam siasatan 1MDB, menurut laporan The Star.

      "Singapura juga telah mengambil tindakan pantas terhadap institusi kewangan dan individu yang melanggar undang-undang dalam bidang kuasa kami berkaitan dengan aliran dana yang berkaitan dengan 1MDB," kata Jabatan Hal Ehwal Perdagangan dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dalam satu kenyataan bersama.

  • Laporan audit 1MDB yang dilihat mempunyai pelbagai masalah penyelewengan ini juga telah diringkaskan oleh seorang pengguna Facebook, En Arham Merican

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Bercakap tentang 1MDB, tahukah anda betapa kayanya Jho Low?

  • Baca juga:

Most-read stories today

Leave a comment