"Budak Hidung Penyet" Imbas Detik Bersalaman Dengan Tun M 24 Tahun Lepas Sampai Menangis
"Saya terketar-ketar bersalam dengan Mahathir," kata Anina.
Bagi sesetengah rakyat, pengalaman bersalaman dengan Perdana Menteri sememangnya boleh dianggap sebagai satu detik bermakna yang mungkin akan dikenang sampai bila-bila
Perasaan yang sama turut diluahkan oleh "budak hidung penyet", Anina Saadudin apabila beliau sebagai seorang budak kampung terketar-ketar kerana tidak menyangka dapat bersalaman dengan Tun Dr Mahathir
Menurut Anina, kehidupannya sekeluarga di Langkawi sangat susah dan daif sebelum pulau itu dibangunkan oleh Tun M 24 tahun lepas. Mereka hanya bergantung pada gasolin sebagai punca elektrik dan hanya makan hasil tangkapan laut sahaja.
Tetapi segalanya berubah selepas itu. Langkawi membangun dengan pesat dan kehidupan keluarganya turut menjadi jauh lebih baik kerana terdapat peluang perniagaan, semuanya kerana Mahathir
Walaupun Tun M tidak pernah mengenali dirinya, Anina tetap akan mengenang jasa dan segala kebaikan yang telah Tun M berikan kepada penduduk Pulau Langkawi, malah kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini
Anina Saadudin sebelum ini pernah mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak USD650 juta. BACA CERITA PENUH:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!