Suami Isteri Mungkin Perlu Hadir Ke Kursus Pasca Perkahwinan Selepas Ini
Berhubung lambakan kes perceraian masa kini, JAKIM menyarankan pasangan suami isteri untuk hadir ke kursus pasca perkahwinan.
Dalam Usaha Mengurangkan Kadar Penceraian Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menyarankan Supaya Mengadakan Kursus Pasca Perkahwinan Bagi Pasangan Suami Isteri
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang melaksanakan kursus pasca perkahwinan bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan dan mengurangkan kadar penceraian pasangan Islam di negara ini.
malaysiandigest.comPengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Zakuan Sawai berkata kertas cadangan mengenai perkara itu sudah siap dan akan diajukan kepada jabatan agama Islam negeri.
yahoo.comKursus Tersebut Akan Dibuat Dalam Empat Fasa Mengikut Usia Perkahwinan Pasangan. Namun, Keutamaan Diberikan Kepada Pasangan Yang Usia Perkahwinan Mereka Satu Hingga Lima Tahun.
Cadangan memperuntukkan suami isteri dimestikan mengikuti kursus itu yang dibuat dalam empat fasa adalah berdasarkan usia perkahwinan mereka iaitu satu hingga lima tahun, enam hingga 10 tahun, 11 hingga 20 tahun dan 20 tahun ke atas.
themalaysianinsider.comJAKIM bagaimanapun akan memberi penekanan kepada pasangan yang usia perkahwinannya satu hingga lima tahun kerana hasil kajian mendapati kelompok berkenaan yang paling banyak bermasalah.
therakyatpost.comCadangan Mewujudkan Kursus Selama 3 Hari Dua Malam Ini Telah Bermula Sejak Tahun 2012 Lagi. Modul Yang Akan Diberi Fokus Meliputi Isu Rumah Tangga, Cara Mendidik Anak Dan Lain-Lain.
Usaha untuk membangunkan kursus itu bermula pada 2012 dan kini memasuki peringkat projek perintis yang akan diadakan bagi mendapat maklum balas umum mengenai modul yang disediakan.
yahoo.comKursus selama tiga hari dua malam itu antara lain meliputi isu berkaitan rumah tangga, hubungan suami isteri serta cara mendidik anak.
malaysiandigest.comKursus Pasca Perkahwinan Akan Bersikap Lebih Terbuka Kepada Pasangan, Berbeza Jika Dibandingkan Dengan Kursus Pra Perkahwinan
Kursus itu juga dikatakan jauh berbeza dengan kursus pra perkahwinan kerana akan membincangkan perihal rumah tangga dengan lebih terbuka termasuk isu kesihatan dan hubungan suami isteri.
therakyatpost.com