seismik

Inilah Jadinya Bila Suami Nak Tengok Bola Tapi Kena Teman Isteri Tengok Gegar Vaganza

Bertabahlah wahai suami.

Cover image via Twitter @izzkamilhalda

Pastinya, mana-mana lelaki yang minat bola sepak tentu tak nak lepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia

Image via Fadzi Razak

Tak kiralah pasukan mana yang beraksi sekali pun, final Piala Malaysia merupakan sebuah perlawanan yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Bagi yang tak dapat pergi ke stadium semestinya akan "terpacak" depan tv untuk menyaksikan perlawanan secara langsung, terutamanya kaum lelaki dan si suami.

Tapi macam mana kalau perlawanan penting setahun sekali yang si suami nak tengok tu bertembung dengan rancangan kegemaran si isteri? Mana satu nak pilih?

Keputusan ini boleh dianggap sebagai 'hidup dan mati' untuk si suami tentukan.

Kalau pilih bola sepak, nanti si isteri merajuk. Kalau pilih si isteri, nanti tak dapat tengok bola pula.

Nak tak nak, si suami tetap kena pilih SATU sahaja.

Image via giphy.com

But wait, how about both?

Semalam, ketika berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah, terpapar sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai seorang suami sedang menonton perlawanan tersebut di konsert Gegar Vaganza (GV) minggu ketiga.

Ini gambarnya.

Image via Twitter @izzkamilhalda

Beliau yang berada di tengah-tengah ribuan penonton di konsert berkenaan dilihat sedang fokus menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia secara live streaming di telefon bimbitnya.

Foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @izzkamilhalda ini menjadi viral dalam sekelip mata dan telah mendapat lebih daripada 7 ribu shares ketika artikel ini ditulis.

Lebih menarik, gambar tersebut turut mendapat retweet dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pagi tadi

Namun begitu, tidak ada kepastian lagi sama ada lelaki tersebut benar-benar seorang suami yang terpaksa berkorban demi isteri

Sebab bila perhatikan betul-betul gambar tadi, tidak kelihatan pula kelibat si isteri di sebelah lelaki tersebut. Mungkin dia hanya seorang peminat bola sepak dan peminat Gegar Vaganza pada masa yang sama? Tiada siapa dapat pastikan.

Tetapi jika benarlah beliau berkorban untuk si isteri, pujian harus diberikan kepada beliau kerana sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan hati yang tersayang. Orang ramai di media sosial turut memuji pengorbanan yang dilakukan.

Apa-apa pun, suami isteri kenalah bertolak ansur. Barulah hidup bahagia! ;)

Image via tenor.co

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Para suami sila take note okay?

You may be interested in: