seismik

Sultan Selangor Batal Permit Mengajar Dr. Zamihan Susulan Ceramah Rasis Dan Kurang Adab

Selangor adalah negeri kedua yang mengambil tindakan selepas Johor.

Cover image via SAYS

Sultan Selangor menarik balik tauliah mengajar Dr. Zamihan selepas beliau didakwa mengkritik Sultan Johor dalam satu kuliah agama minggu lalu

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Di-raja Selangor hari ini, Sultan Selangor turut melucutkan keahlian Dr. Zamihan sebagai Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor.

Memetik kenyataan tersebut, Sultan Selangor menyifatkan ceramah Dr. Zamihan bersifat rasis, kurang beradab, dan mengandungi kritikan melampau terhadap institusi Diraja

"Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di Masjid Diraja, yang mana ceramah agama seperti ini tidak sepatutnya berlaku," tulis kenyataan tersebut.

Image via Media Selangor

Sultan Selangor turut menitahkan dua perkara yang harus dikuatkuasakan oleh semua pengurusan masjid dan surau di negeri Selangor iaitu:

1. Membuat rakaman video bagi setiap cermah dan kuliah yang diadakan di seluruh masjid dan surau di negeri Selangor bagi merekod dan memantau setiap isi kandungan ceramah yang berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam bangunan masjid dan surau sahaja kecuali untuk laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Larangan ini adalah bagi memelihara imej Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

Kenyataan itu turut menambah bahawa agama Islam adalah agama yang menggalakkan toleransi, sederhana, dan inklusif

"Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat," tulis kenyataan itu lagi.

Image via Media Selangor

Dua hari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyelar tindakan Dr. Zamihan dan menyifatkan beliau sebagai "tin kosong yang tidak ada otak"

Image via nst.com.my

“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.

“Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain. Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak.," titah Sultan Johor.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi:

You may be interested in: