seismik

Kenapa Topik Sunat Perempuan Sangat 'Taboo' Untuk Kita Bincangkan?

Ya, topik ini dianggap terlalu sensitif dan 'taboo' untuk dibincangkan secara umum.

Cover image via kids.britannica.com

Berkhatan untuk wanita atau sunat perempuan merupakan satu topik kontroversi dalam kalangan orang Islam, disebabkan oleh pandangan orang bukan Islam dan orang Islam sendiri

Image via www.slate.com

Ada orang Islam yang percaya bahawa sunat perempuan adalah tidak dibenarkan dalam agama tetapi ada juga orang-orang beriman yang berpendapat perkara itu diperlukan.

Sebenarnya, tidak tepat untuk kita katakan bahawa sunat perempuan tidak mempunyai tempat dalam Islam, tidak kiralah sama ada ia dibenarkan atau tidak dibenarkan hanya atas alasan tidak ada bukti kukuh yang menyokong perkara ini.

Difahamkan, terdapat beberapa hadis Nabi yang menyokong perbuatan sunat perempuan tetapi hadis ini dianggap "lemah," yang bermakna ia tidak boleh digunakan untuk mewujudkan satu syariat kerana tidak diketahui sama ada ia datang dari Rasulullah atau tidak. Al-Quran, bagaimanapun, tidak menghalang sunat perempuan selagi ia tidak menjejaskan kesihatan.

Adakah ia wajib dilakukan ke atas wanita Islam?

Sebahagian besar umat Islam di Asia Tenggara yang mengikuti mazhab Shafi'e mengisytiharkan sunat perempuan sebagai wajib. Sebaliknya, tiga fahaman Sunni yang lain, bersama-sama dengan Syiah mengkategorikannya sebagai sunnah atau suatu perbuatan yang disyorkan. Sama juga seperti sunat lelaki, ia juga tidak disebut di dalam Al-Quran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) mengenal pasti empat kategori sunat perempuan iaitu:

Type I, also called clitoridectomy: Partial or total removal of the clitoris and/or the prepuce.

Type II, also called excision: Partial or total removal of the clitoris and the labia minora, with or without excision of the labia majora. The amount of tissue that is removed varies widely from community to community.

Type III, also called infibulation: Narrowing of the vaginal orifice with a covering seal. The seal is formed by cutting and re-positioning the labia minora and/or the labia majora. This can take place with or without removal of the clitoris.

Type IV: All other harmful procedures to the female genitalia for non-medical purposes, for example: pricking, piercing, incising, scraping or cauterization.

unfpa.org
Image via m.liputan6.com

Jika diikutkan, sunat perempuan Type I di atas memberi maksud penyingkiran lebihan kulit pada bahagian klitoris, yang sangat serupa dengan lebihan kulit pada zakar yang disingkirkan ketika sunat lelaki. Ini adalah prosedur sunat perempuan yang paling asas dan merupakan satu-satunya prosedur yang dibenarkan dalam Islam.

Manakala prosedur lain seperti Type II dan Type III di mana labia minora, labia majora dan kelentit boleh dibuang, dan juga Type IV adalah dianggap terlarang kerana membawa terlalu banyak kemungkinan bahaya kepada tubuh badan.

Pelbagai alasan diberikan untuk menggalakkan orang perempuan supaya bersunat, sebagai contoh:

Image via www.dream.co.id
1. Sentiasa suci dan bersih
2. Membersihkan alat kelamin dan memberi identiti jantina kepada wanita
3. Mengawal nafsu seksual wanita
4. Wanita hanya boleh jadi cantik jika mereka suci
5. Membantu wanita supaya tidak menjadi nakal atau "liar"
6. Menjadikan wanita lebih cantik di mata suami atau memberi pasangan lebih keterujaan di ranjang

Generasi yang lebih tua memberi alasan sesetengah wanita muda hari ini "liar" kerana mereka tidak bersunat. Terdapat juga hujah yang mengatakan sunat perempuan ini tidak menyakitkan kerana jumlah kulit yang disingkirkan itu terlalu kecil.

Perkara paling penting untuk kita ketahui ialah Islam melindungi hak wanita dalam keseronokan seksual dan kesihatan. Sekiranya sunat perempuan melanggar hak-hak tersebut, secara automatik amalan itu akan dianggap haram.

Pakar sakit puan, Dr Sitt al-Banaat Khaalid dalam satu artikel bertajuk 'Khitaan al-Banaat Ru'yah Sihhiyyah' (pandangan sunat perempuan dari sudut kesihatan) menyebut:

"Dimensi Islam, segala-gala yang ada di dalamnya mestilah baik dalam semua aspek termasuk aspek kesihatan. Jika orang luar tidak nampak kebaikannya sekarang, mereka tentu akan tahu juga nanti."

"Lihatlah apa yang berlaku kepada terhadap sunat lelaki. Kini satu dunia tahu manfaatnya dan telah menjadi satu perkara yang diamalkan secara meluas di seluruh dunia," ujarnya.

Antara kebaikan sunat perempuan ialah:

1. Mengurangkan keinginan atau nafsu seks yang berlebihan

2. Mencegah bau tidak selesa yang disebabkan oleh rembesan busuk di bawah kulit yang disingkarkan

3. Mengurangkan kadar jangkitan pada saluran kencing

4. Mengurangkan kadar jangkitan pada sistem pembiakan

Dan sehingga kini, tiada kesan sampingan yang berbahaya telah ditemui dalam mengamalkan sunat perempuan

Image via www.voanews.com

Masa kita mula-mula solat dulu, pertama sekali kita akan meniru pergerakan yang ditunjukkan oleh ibu bapa kita dulu. Kemudian barulah kita belajar pergerakan yang betul, belajar bacaan, tata tertib, surah-surah untuk dibaca serta fahamkan maksud-maksudnya.

Begitu juga dengan sunat perempuan. Amalan ini mungkin telah lama bermula di Asia Tenggara sebagai "adat orang Arab" yang kita ikut. Tapi hari ini, ia telah menjadi satu norma agama yang ibu bapa boleh dapatkan untuk anak-anak mereka, sebab kebanyakan orang lain juga melakukannya selama beberapa generasi.

Hari ini, kita sedang menyaksikan trend terhadap melembagakan atau medicalizing sunat perempuan di Asia Tenggara

Image via www.youtube.com

Pada tahun 2008, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa 88 peratus daripada kakitangan wanita telah menjalankan proses sunat untuk anak perempuan mereka di klinik swasta. Satu lagi kajian di Indonesia mendedahkan bahawa 65 peratus sunat perempuan dilakukan di hospital. Manakala di Singapura, seorang doktor wanita Islam mengakui menjalankan sunat perempuan ke atas 5 hingga 6 pesakit sehari, kebanyakannya bayi dan kanak-kanak yang belum baligh.

Pada akhir tahun 2006, Kementerian Kesihatan di Indonesia mengharamkan para doktor dari melaksanakan prosedur ini atas alasan ia berbahaya, tetapi larangan ini tidak dikuatkuasakan. Hospital terus menawarkan sunat perempuan kepada bayi sebagai "pakej lahir" yang juga termasuk vaksin dan menindik telinga.

Di Malaysia, Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam dari Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytihar bahawa sunat perempuan adalah "wajib bagi umat Islam tetapi jika berbahaya mesti dielakkan" pada 2009.

Di Indonesia pula, keputusan Majlis Ulama Indonesia juga memihak kepada sunat perempuan sambil menambah walaupun ia tidak boleh dianggap wajib, ia tetap disyorkan dari segi moral.

Apa-apa pun, bagi yang menghadapi dilema sunat perempuan, isu yang paling penting sekali ialah persetujuan.

Masalah yang lebih utama bukannya sama ada wanita perlu berkhatan atau tidak, tetapi lebih kepada sama ada mereka membenarkan pengubahsuaian yang tidak boleh ditarik semula dilakukan ke atas kepada alat kelamin mereka.

Image via pandawhale.com

Anda seorang Muslim yang tak sembahyang?

You may be interested in: