seismik

Syed Saddiq Sah Daftar Parti MUDA Malaysia

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan agama.

Cover image via @SyedSaddiq (Twitter)

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah sah mengemukakan permohonan pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pagi tadi

Menurut laporan, Syed Saddiq memberitahu, parti baharu itu tidak mempunyai had usia dan bangsa, sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.

Katanya, ia akan dipimpin oleh anak muda dan memfokuskan kepada dasar dan jalan penyelesaian masalah negara sedia ada.

"MUDA Malaysia akan diketuai oleh anak muda daripada segenap lapisan masyarakat... ada ketua pegawai eksekutif, ada guru, doktor, pemimpin masyarakat sivil dan petani muda yang berjaya dalam industri.

"Parti ini tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur. Ia lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif dan itu yang paling penting," katanya.

MUDA Malaysia mempunyai 13 penaja daripada pelbagai latar belakang

Image via Google

"Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang," ujarnya.

Mengulas mengenai kelulusan pendaftaran MUDA Malaysia, beliau berkata, ia terpulang kepada RoS.

Sementara itu, ditanya pula mengenai penerimaan keahlian, Syed Saddiq memberitahu, pihaknya mendapat maklum balas yang menggalakkan.

"Ramai yang mengatakan berminat untuk menyertai MUDA Malaysia," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi tentang Syed Saddiq hanya di SAYS Seismik: